Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ujian teori wajib bagi penunggang e-skuter, e-basikal

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



TINDAKAN menaiki basikal elektronik di jalan raya tanpa lulus ujian teori akan menjadi satu kesalahan di bawah pindaan kepada undang-undang trafik yang disarankan.



Ini sedang ujian teori wajib bagi penunggang e-skuter dan basikal elektrik (e-basikal) bakal bermula pertengahan tahun ini.



E-basikal atau basikal menggunakan kuasa (PAB) boleh digunakan di jalan raya, laluan berbasikal dan laluan yang dikongsi dengan pejalan kaki seperti penyambung taman.



E-basikal dilarang digunakan di laluan pejalan kaki.



Pindaan kepada Akta Trafik Jalan Raya dibentangkan semalam bagi menjadikannya sejajar dengan Akta Mobiliti Aktif, yang dipinda tahun lalu bagi memerlukan pengguna PAB untuk lulus ujian teori sebelum mereka boleh menunggang kenderaan mereka di laluan basikal atau laluan yang dikongsi sama.



Penunggang PAB hanya perlu lulus satu ujian teori dalam talian di bawah dua akta itu, dan ditadbir oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dengan perubahan yang disarankan itu.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ujian itu akan merangkumi modul mengenai keselamatan di laluan serta di jalan raya untuk memastikan penunggang mengetahui peraturan mobiliti aktif, kod tingkah laku umum, dan tingkah laku menunggang yang selamat.



Ujian wajib untuk penunggang e-skuter dan PAB kali pertama diperkenalkan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif pada September 2019, menyusuli beberapa kes kemalangan dan kematian seorang penunggang basikal setelah bertembung dengan pengguna e-skuter.



Pindaan yang diusulkan semalam turut merangkumi satu kesalahan baru yang mendenda syarikat dan individu yang menggajikan, atau secara sengaja atau tidak sengaja membenarkan, seseorang untuk menaiki PAB di jalan raya yang tidak lulus ujian teori.



Sebagai contoh, syarikat penghantaran makanan yang tidak memeriksa untuk memastikan pekerjanya yang menaiki PAB telah lulus ujian akan dianggap melakukan kesalahan.



Bagi dua kesalahan baru yang telah diperkenalkan, penyalah kali pertama boleh dikenakan denda sehingga $2,000, dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Pesalah berulang kali boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.



Pindaan terhadap Akta Trafik Jalan Raya dan Akta Sistem Transit Cepat yang dibentangkan semalam juga akan memberi kuasa kepada pegawai polis dan individu lain yang diberi kuasa untuk melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang pengangkutan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >