Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian wajib Covid-19 di Bukit Merah View berjalan lancar

Jun 20, 2021 | 08:32 PM



UJIAN swab wajib bagi penduduk di lapan blok HDB di Bukit Merah View bermula lancar pada Ahad (20 Jun), sedang ujian Covid-19 diperluas bagi menghentikan kaitan jangkitan virus dalam masyarakat.



Operasi ini dikendalikan buat penduduk di Blok 116, 117, 118, 119, 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View di tiga lokasi khusus kejiranan tersebut selepas 21 kes jangkitan dikenal pasti di sembilan isi rumah Blok 119 Bukit Merah View.



Cebisan virus Covid-19 turut dikesan dalam contoh air buangan yang dikumpulkan daripada beberapa blok di kejiranan itu.



Lapan blok ini berhampiran dengan Pasar dan Pusat Makanan di 115 Bukit Merah View yang kini dikaitkan dengan kelompok terbuka terbesar di Singapura dengan 70 kes pada Sabtu.



Penduduk yang ditemui akhbar The Straits Times tidak perlu menunggu lama bagi ujian itu dengan kebanyakannya hanya beratur bagi 20 minit atau kurang daripada itu. Penduduk berusia dengan masalah pergerakan diberi keutamaan bagi menjalani ujian swab mereka.



Jurutera jaminan mutu, Cik Chan Sook Foong, berkata ujian swab itu tidak terlalu menyakitkan dengan beliau kembali diuji selepas tempoh seminggu hanya untuk menenangkan fikirannya.



Cik Chan, 56 tahun, selalu ke pasar di Blok 115 itu pada hujung minggu.



Cik Bai Ruoli, 27 tahun, pula berkata beliau tidak perlu menanti lama bagi menjalani ujian swab itu kerana tiada yang beratur di stesen ujian ketika beliau tiba.



Operator pengeluaran yang menetap di Blok 119 Bukit Merah View itu berkata:



"Saya tidak begitu risau tentang tambahan kes terkini ini tetapi saya datang untuk menjalani ujian swab sebab ia diwajibkan."



Penduduk blok HDB ini menerima risalah dan pesanan SMS mengenai ujian wajib itu.



Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Ck Joan Pereira, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beberapa penduduk yang menjalani ujian pada Ahad telah menjalani ujian swab sukarela awal minggu ini kerana mereka telah ke pasar dan pusat makanan yang terjejas atau kedai di Blok 116 Bukit Merah View antara 25 Mei dengan 12 Jun.



"Dapat difahami penduduk ini prihatin dan mereka memahami keperluan menjalani operasi ujian swab wajib bagi menebar jangkauan dalam mengesan, mengasingkan dan mengekang sebarang jangkitan yang muncul dalam masyarakat serta mengurangkan risiko sebarang penularan," tambah Cik Pereira lagi.



Ujian sukarela buat pengunjung dan mereka yang berinteraksi dengan penduduk di lapan blok HDB ini antara 5 Jun dengan 19 Jun juga akan dikendalikan di tiga lokasi ujian di Bukit Merah View.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >