Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ukur tara bayaran baru bagi sektor jagaan kesihatan privet diperkenal

Jun 14, 2023 | 06:48 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperkenalkan ukur tara baru bagi bayaran hospital serta pakar bedah dan pakar anestesia dalam sektor penjagaan kesihatan privet.

Ini akan menjadikan bayaran lebih telus dan membenarkan pihak berkepentingan seperti pesakit, penyedia penjagaan kesihatan dan firma insurans untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan berdasarkan maklumat yang diberi, kata MOH dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perubahan utama adalah kepada ukur tara yang disesuaikan dengan mengambil kira kenaikan kos serta pengenalan ukur tara baru bagi bayaran hospital dan profesional.

Ukur tara bayaran bagi pakar bedah antara 2017 dengan 2022 telah tumbuh sekitar 12.1 peratus; sementara bagi pakar anestesia (2018 dengan 2022) tumbuh sekitar 9.9 peratus.

Sementara bayaran bagi kehadiran doktor bertemu pesakit yang dimasukkan ke hospital (antara 2020 dengan 2022) naik sekitar 5.7 peratus.

Ukur tara bayaran telah diubah sehingga 2022, berdasarkan data yang diperolehi untuk sepanjang tahun.

Setiap ukur tara bayaran mempunyai lingkungan bayaran – terdiri daripada had rendah dan had atas.

Had rendah merujuk kepada kes mudah dan rutin, sementara had atas bagi kes lebih rumit.

“Ukur tara bayaran adalah harga yang disarankan MOH bagi sejenis prosedur atau perkhidmatan perubatan, sebagai sebahagian daripada strategi lebih besar MOH untuk menguruskan kos penjagaan kesihatan yang meningkat,” kata MOH dalam satu kenyataannya.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata ukur tara bayaran itu bukan mandatori.

“Kami juga akur bahawa penyedia penjagaan kesihatan berbeza dari sudut rawatan dan perkhidmatan, maka harga merupakan hanya satu aspek khidmat penjagaan yang diberi.

“Ukur tara bertindak sebagai titik panduan penting bagi pesakit membandingkan kos, dan doktor memutuskan bayaran yang mereka kenakan,” katanya dalam satu catatan Facebook.

MOH telah memperkenalkan ukur tara bayaran hospital bagi 21 prosedur pembedahan dan lapan keadaan perubatan biasa. Ukur tara bayaran hospital termasuk komponen bayaran seperti bilik hospital, kemudahan dan peralatan pembedahan, implan, dan perubatan.

Pesakit juga mungkin dikenakan bayaran oleh doktor bagi khidmat profesional mereka seperti bayaran pakar bedah dan pakar anestesia.

MOH telah memperkenalkan ukur tara baru bayaran bagi pakar bedah untuk baki 1,900 proses pembedahan yang kurang dilakukan.

Secara keseluruhannya semua 2,100 prosedur yang boleh memanfaatkan MediShield Life dan MediSave, kini akan dilindungi.

Ukur tara bayaran pakar anestesia juga telah dilaksanakan bagi sejumlah 500 prosedur.

Pada 2018, MOH telah memperkenalkan ukur tara bayaran pakar bedah bagi 200 proses pembedahan yang biasa.

Pada 2020, ukur tara itu diluaskan meliputi bayaran pakar anestesia dan kehadiran doktor bertemu pesakit yang dimasukkan hospital.

Sejak diperkenalkan, hampir 90 peratus doktor telah mengenakan bayaran dalam lingkungan ukur tara bayaran pakar bedah yang disarankan.

Bayaran median pakar bedah privet telah kekal stabil, sedang bayaran bagi pakar bedah privet dalam linkungan 90 persentil telah merosot sekitar 1.7 peratus bagi prosedur yang mempunyai ukur tara bayaran.

Ukur tara bayaran terkini telah disarankan oleh Jawatankuasa Penasihat Ukur Tara Bayaran (FBAC), yang dipengerusikan Konsultan Kanan dan Pakar Bedah Awam dalam latihan privet, Dr Wee Siew Bock.

Dr Siew berkata semua pihak berkepentingan kini dalam kedudukan baik untuk menilai jumlah bil keseluruhan apabila seseorang mendapatkan rawatan di sektor privet.

Jawatankuasa itu menyarankan semakan semula bagi pertumbuhan ukur tara bayaran dalam tiga hingga lima tahun akan datang.

Laporan lanjut di Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >