Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Umat Islam SG dijangka sambut Aidiladha 10 Jul: Timbalan Mufti

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Umat Islam SG dijangka sambut Aidiladha 10 Jul: Timbalan Mufti

Jun 23, 2022 | 05:30 AM

UMAT Islam Singapura dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini pada Ahad, 10 Julai, dengan bulan Zulhijah bermula pada 1 Julai.

Meskipun tarikh tersebut dijangka sama bagi semua negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims), masyarakat Islam di sini perlu bersedia menerima sebarang perbezaan yang timbul antara penetapan Singapura dan negara lain, kata Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris.

Penetapan tarikh tersebut dibuat berdasarkan kriteria hisab (perkiraan mengikut ilmu falak) dan kaedah 'imkan ar-rukyah' (sama ada anak bulan boleh kelihatan) bagi menentukan awal bulan Zulhijah yang telah dipersetujui Mabims.

Berdasarkan kaedah tersebut, anak bulan hampir tidak dapat dilihat di ufuk barat bagi semua negara Mabims pada 29 Zulkaedah, kata Ustaz Mohd Murat.

Muslim 'tidak perlu hairan, khuatir' tidak semua negara dapat cerap anak bulan

Justeru Zulkaedah akan dicukupkan 30 hari hingga 30 Jun dan Zulhijah dijangka bermula 1 Julai.

"Dalam konteks Aidiladha, kita menjangkakan akan ada persamaan 1 Zulhijjah - berdasarkan hisab dan imkan ar-rukyah - yang akan jatuh pada 1 Julai.

"Dari segi dapatan saintifik dan kriteria yang dipersetujui Mabims, hampir mustahil untuk nampak anak bulan di ufuk barat bagi semua negara Mabims.

"Namun, ini boleh saja berlaku, dan sekiranya berlaku sebarang perbezaan, masyarakat Islam tidak perlu hairan atau khuatir kerana dari segi agama ini perkara biasa dalam konteks kita zaman ini," ujarnya semasa ditemui selepas sidang media di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan proses di sebalik penentuan tarikh awal Zulhijah dan Hari Raya Aidiladha.

Selain Ustaz Murat, panel sidang media itu turut disertai seorang anggota Jawatankuasa Fatwa Muis, Ustaz Dr Firdaus Yahya, dan Timbalan Pengarah Muis, Encik Faizal Othman.

Kededuanya pakar ilmu falak, dan kesemua anggota panel itu terlibat dalam proses kajian dan penentuan tarikh Islam di Singapura.

Dalam pada itu, Arab Saudi dijangka memulakan Zulhijah sehari lebih awal pada Khamis, 30 Jun, dan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 9 Julai.

Ustaz Mohd Murat menekankan masyarakat Islam perlu faham perbezaan sambutan Hari Raya antara negara Mabims boleh berlaku sekali lagi, seperti semasa Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bahkan, perbezaan itu biasa terjadi di rantau ini, terutama pada awal 1970-an. Ia juga perkara biasa semasa zaman Sahabat nabi, katanya.

Beberapa negara Islam di rantau ini, termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei, menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini sehari lebih awal dari Singapura, yang menyambutnya pada 3 Mei.

Menyusuli perbezaan itu, pejabat Mufti mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan bahawa pencerapan anak bulan sebenarnya dapat dilakukan negara Mabims lain di sebahagian kawasan pada petang 29 Ramadan sebelum matahari terbenam, lalu menyebabkan perbezaan penetapan tarikh.

Memandangkan anak bulan tidak dilihat di Singapura, negara ini menyempurnakan perhitungan Ramadan selama 30 hari.

"Masyarakat Islam perlu memahami hal ini untuk mengelakkan salah faham dan supaya kita tidak membuat spekulasi yang mungkin tidak tepat.

"Kita perlu bertanya pada yang lebih mengetahui dan fahami dasar yang ditentukan dalam hal ini serta dapatkan penjelasan," kata Ustaz Mohd Murat.

Dari Muka 1

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3