Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno ingin Parlimen Malaysia dibubarkan awal bagi pilihan raya umum diadakan tahun ini

Oct 01, 2022 | 08:47 PM



KUALA LUMPUR: PARTI politik terbesar Malaysia Umno semalam (30 September) telah menggesa untuk membubarkan Parlimen Malaysia dengan segera untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menemui Sultan Malaysia untuk mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen, kata Umno dalam satu kenyataan selepas parti itu mengadakan tiga mesyuarat penting di ibu pejabatnya semalam.



“Parlimen harus dibubarkan tidak lama lagi untuk membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan tahun ini,” kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang membaca daripada satu kenyataan di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.



Ini merupakan kali pertama PM Ismail bersatu suara bersama pemimpin parti yang lain untuk bersetuju supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini. 



Beliau sebelum ini berkata, terlebih dahulu beliau perlu mengusahakan pemulihan ekonomi pasca Covid. Beliau juga difahamkan berhasrat untuk menangguhkan pilihan raya sebelum ini bagi mengukuhkan kedudukannya supaya boleh kembali sebagai calon PM sekiranya Umno menang pilihanraya.



Pihak pembangkang berkata ia menentang mengadakan pilihan raya pada bulan November, memetik kemungkinan berlakunya banjir tahunan.



Pilihan raya nasional Malaysia patut diadakan menjelang September tahun depan.



Parlimen semasa akan dibubarkan secara automatik pada 16 Julai, lima tahun selepas persidangan pertamanya pada 2018.



Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya mempunyai 60 hari hingga pertengahan September untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia.



Tetapi Perdana Menteri yang bersidang, Datuk Seri Ismail, boleh memutuskan untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah. - The Straits Times

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >