Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umrah: Permintaan meningkat, beberapa firma baru tawar khidmat

Aug 28, 2022 | 09:30 PM



SEDANG permintaan mengerjakan umrah meningkat, beberapa syarikat baru telah dibentuk bagi menembusi pasaran tersebut demi menawarkan lebih banyak pilihan kepada jemaah.


Antaranya ialah Karva Travel And Tours oleh pasangan selebriti dan usahawan Cik Rozza Ramli dan Encik Jai Wahab, serta M3 Oasis Pte Ltd By Quins Travel & Tours – kerjasama antara Dr Malik Hassan dari Crave Nasi Lemak dengan Encik Mohammad Mirza Salim, pemilik Matchday Affairs, satu cabang pelancongan sukan di bawah Qu’ins Travel & Tours Pte Ltd.


Ketika dihubungi baru-baru ini, Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) menyambut baik pemain baru kerana ia menawarkan kepelbagaian pilihan dan jenis khidmat kepada pelanggan di sini.


Amtas mempunyai lebih 30 anggota ketika ini berbanding sekitar 40 sebelum Covid-19.


“Bagi agensi pelancongan pula, memang benar ada syarikat yang tutup, dan ada juga yang buka,” kata Setiausaha Kehormat Amtas, Ustazah Juyda Noor Mohamad,  yang juga Pengarah Noor Mohamad Services & Travel.


“Oleh kerana umrah ini adalah pasaran terbuka, maka tidak mustahil ada juga pertubuhan atau individu yang membawa kumpulan ke Arab Saudi.”


Baca laporan penuh di Berita Harian esok (29 Ogos).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >