Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Undang-undang baru akan diperkenal lindungi warga dari jenayah dalam talian

MHA: Akta Pengekalan Keharmonian Kaum juga diperkenal, galak toleransi antara kumpulan kaum berbeza
Apr 14, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mengemas kini undang-undang untuk melindungi warga Singapura dengan lebih baik dan menangani ancaman yang muncul, termasuk aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan.



Ia juga akan memperkenalkan Akta Pengekalan Keharmonian Kaum untuk menggalakkan toleransi antara kumpulan kaum berbeza.



Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K. Shanmugam, dalam kenyataan tambahan yang dikeluarkan berikutan ucapan Presiden Halimah Yacob di pembukaan sesi kedua Parlimen ke-14, berkata undang-undang perlu dikemas kini dengan kerap untuk memastikan ia kekal relevan dan dapat menangani ancaman baru yang muncul.



"Dalam tempoh terdekat, kami akan memperkenal undang-undang baru untuk melindungi warga Singapura dengan lebih baik daripada aktiviti jenayah dalam talian, termasuk penipuan dan aktiviti siber berniat jahat.



"Kami juga akan memperkenalkan Akta Penyelenggaraan Keharmonian Kaum untuk menggalakkan kesederhanaan dan toleransi dalam kalangan kumpulan kaum yang berbeza dan untuk menandakan kepentingan utama keharmonian kaum kepada Singapura," ujar beliau.



Selain itu, undang-undang berkaitan perjudian juga telah disatukan di bawah Akta Kawalan Perjudian dan Penguasa Kawal Selia Perjudian baru yang telah dibentuk untuk membolehkan pendekatan lebih holistik dan koheren terhadap peraturan perjudian.



Akta Penyalahgunaan Dadah juga telah dipinda untuk memperkenalkan rangka kerja perundangan baru bagi bahan psikoaktif.



Encik Shanmugam turut menggariskan beberapa ancaman signifikan dan yang baru muncul yang perlu ditangani.



Pertama, pengganasan terus merupakan ancaman yang nyata dan mendesak.



Kedua, sindiket jenayah menggunakan teknologi canggih untuk beroperasi merentasi sempadan negara, menyebabkan peningkatan ketara dalam penipuan dalam talian dan jenayah siber.



Ketiga, bahan psikoaktif dan sikap lebih liberal terhadap penggunaan dadah secara global menimbulkan cabaran kepada usaha memastikan Singapura bebas dadah.



Untuk mengatasi semua cabaran ini, terdapat keperluan untuk meningkatkan kerjasama dengan orang awam dan masyarakat antarabangsa, kata Encik Shanmugam.



Misalnya, kewaspadaan dan kesiapsiagaan awam melalui pergerakan SGSecure terus menjadi antara tonggak utama pertahanan Singapura dalam menangani pengganasan.



Kewaspadaan awam juga merupakan pertahanan terbaik terhadap penipuan, kata beliau.



"MHA telah melancarkan kempen anti-penipuan baru untuk menggalakkan orang awam menentang penipuan.



"Kami akan melancarkan Pejabat Pendidikan Awam Penipuan untuk meluaskan usaha pendekatan dan perhubungan kami," tambahnya.



Beliau turut menegaskan bahawa Singapura mesti mengukuhkan hubungan dua halanya dan bekerja secara konstruktif dengan dan melalui organisasi pelbagai hala seperti Interpol, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih-lebih lagi dengan peningkatan jumlah dan kerumitan jenayah rentas negara dan ancaman keselamatan.



Selain MHA, beberapa kementerian lain turut mengeluarkan kenyataan tambahan masing-masing.



Antaranya, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata kementeriannya akan memperkukuh sistem Perkhidmatan Negara (NS) dengan menyemak sistem klasifikasi perubatan, meluaskan Skim Belajar sambil Kerja bagi Anggota NS sepenuh masa (NSF), mereka semula peranan vokasional dan meluaskan peluang bagi Anggota Kerahan NS untuk menggunakan kepakaran awam mereka dalam konteks operasi.



Platform udara, maritim dan darat yang baru dan lebih maju juga akan diperkenalkan.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata Kementerian Ehwal Luar (MFA) akan mendekati warga Singapura mengenai prinsip dasar luar supaya mereka mempunyai pemahaman yang jelas tentang kepentingan dan kelemahan jangka panjang negara.




SEKILAS ADENDUM KEMENTERIAN



KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI (MHA)



  • Kemas kini undang-undang untuk lindungi warga Singapura

  • Guna teknologi, latih pegawai bagi tingkatkan keberkesanan operasi Home Team

  • Pastikan masyarakat awam lebih berwaspada tangani pengganasan, penipuan, dadah

KEMENTERIAN PERTAHANAN (Mindef)



  • Transformasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi 2040 dan selanjutnya

  • Labur dalam kajian yang tingkatkan keselamatan

KEMENTERIAN EHWAL LUAR (MFA)



  • Dekati warga Singapura mengenai prinsip dasar luar negara

KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN (MSE)



  • Perkukuh keselamatan makanan, air

  • Jaga kebersihan awam melalui usaha kawalan vektor, pengawasan risiko berterusan

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)



  • Lindungi ketersambungan Singapura dengan dunia serta kedudukan negara sebagai hab penerbangan dan maritim

  • Perkukuh keupayaan dan meningkatkan produktiviti dalam sektor penerbangan dan maritim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >