Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI

Undang-undang baru dipertimbang atasi kandungan bahaya dalam talian

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG baru mungkin digubal bagi mengatasi ancaman kandungan dalam talian yang berbahaya seperti propaganda pelampau yang ganas serta bahan pengintaian dan gambar intim yang disebar tanpa izin, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, semalam.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang mengkaji bagaimana Singapura harus menangani masalah ini, kata Cik Teo semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



"Ini mungkin melibatkan langkah berkaitan pengawalan," katanya.



Beliau menarik perhatian Internet telah memudahkan dan mempercepat penyebaran kandungan yang berbahaya.



Cik Teo turut memberi contoh negara Jerman yang telah meluluskan undang-undang memerlukan wadah dalam talian untuk memberi respons kepada aduan pengguna tentang kandungan yang menyalahi undang-undang.



Meskipun beberapa wadah dalam talian berusaha untuk mengatasi masalah tersebut, tidak semua wadah itu akan memberi respons terhadap kandungan berbahaya tersebut dengan cara yang sesuai dengan kepentingan masyarakat, kata Cik Teo.



Ini sesuatu yang dijangkakan memandangkan wadah ini didorong oleh nilai dan kepentingan komersial mereka sendiri, tambahnya.



Beliau menyatakan bahawa ramai syarikat teknologi akur tentang pentingnya peraturan, tetapi tidak bersetuju dengan pemerintah-pemerintah tentang cara untuk melaksanakannya.



Facebook merupakan antara syarikat teknologi yang dikritik kerana membenarkan mantan Presiden Donald Trump dan penyokongnya untuk menyebarkan dakwaan palsu mengenai penipuan pilihan raya di platform tersebut.



Syarikat tersebut sejak itu telah menggiatkan usaha mengatasi kandungan palsu dan mengelirukan, seperti memadam laman dan kumpulan yang berkaitan dengan teori konspirasi QAnon.



Cik Teo memberi respons di Parlimen semalam untuk menjawab soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), yang bertanya mengenai cara untuk melindungi Singapura daripada kandungan dalam talian yang berbahaya berikutan penangkapan seorang warga berusia 16 tahun yang radikal baru-baru ini.



Remaja itu telah membuat rancangan dan persiapan terperinci untuk menyerang masyarakat Islam di sini setelah terpengaruh oleh tayangan langsung serangan di Christchurch pada 2019.



Ancaman dalam talian diburukkan lagi oleh kemudahan akses Internet di sini, kata Encik Zhulkarnain, yang berkata belia menghadapi risiko lebih tinggi dipengaruhi oleh bahan dalam talian yang berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >