Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Undang-undang lebih keras dilulus bagi sekat keldai wang, penjualan Singpass dan akaun bank

May 10, 2023 | 05:30 AM



UNDANG-undang lebih ketat yang bertujuan mencegah kegiatan keldai wang dan orang yang menjual akaun bank atau Singpass mereka diluluskan pada Selasa.



Pindaan ke atas Undang-Undang Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) dan Undang-Undang Penyalahgunaan Komputer memudahkan tindakan mendakwa orang yang menjual akaun bayaran dan Singpass mereka.



Langkah itu memperkasa polis untuk bertindak terhadap keldai wang yang menyerahkan kawalan akaun bayaran mereka kepada penjenayah, atau menggunakan akaun bayaran mereka untuk menerima atau memindahkan wang untuk penjenayah.



Perubahan pada undang-undang itu memperkenal kesalahan baru, iaitu pengubahan wang haram secara terburu-buru dan cuai serta mendedahkan atau menguruskan butiran Singpass bagi kegiatan jenayah.



Pengubahan wang haram secara terburu-buru berlaku apabila keldai wang tahu atau mempunyai sedikit pengetahuan bahawa apa yang dilakukannya melibatkan unsur jenayah.



Pengubahan wang haram secara cuai pula berlaku apabila seseorang itu tidak menganggap transaksi itu mencurigakan, meskipun orang lain mungkin mengesan tanda amaran.



Mereka yang didakwa di atas kesalahan pengubahan wang haram secara terburu-buru boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $250,000, sementara mereka yang didakwa atas kesalahan mengubah wang haram secara cuai boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $150,000.



Mereka yang didakwa membantu orang lain mendapat faedah daripada kegiatan jenayah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $50,000.



Sebagai tambahan, keldai wang tidak lagi boleh mendakwa bahawa mereka tidak tahu mereka telah menjual akaun bank atau Singpass mereka kepada penipu.



Undang-undang baru itu menjadikan perbuatan mendedahkan butiran Singpass walaupun tahu atau mengesyaki ia akan digunakan untuk melakukan jenayah sebagai satu kesalahan.



Pengguna diandaikan tahu, atau mempunyai sebab untuk mengetahui, jika beliau mendapat sesuatu dengan berbuat demikian.



Pengguna juga boleh didapati bersalah jika beliau tidak berusaha mengenal pasti identiti dan lokasi fizikal orang yang dia beri butiran itu.



Mereka yang didakwa bagi kesalahan melibatkan Singpass boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda hingga $10,000.



Mangsa penipuan di Singapura hilang $660.7 juta pada 2022, bertambah daripada $632 juta pada 2021, menjadikan jumlah yang lesap dalam dua tahun hampir $130 bilion.



Di peringkat sejagat, $77.2 juta bilion lesap akibat penipuan pada 2021.



Dalam ucapan pembukaannya mengenai rang itu pada Isnin, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata walaupun kira-kira 120 keldai wang disyaki membantu penipu dalam penipuan pancingan data yang menyasarkan pelanggan OCBC Bank dari Disember 2021 hingga Januari 2022, hanya sembilan boleh didakwa kerana batasan undang-undang.



Beliau berkata niat rang itu bukan menghukum orang yang menjadi mangsa dan pihak berkuasa akan menimbangkan pelbagai faktor dalam setiap kes, dan akan bertindak secara bijaksana.



"Kita mesti berwaspada dan menjaga akaun pembayaran dan Singpass kita dengan sewajarnya," ujar beliau.



Cik Teo menambah bahawa ada keperluan mendidik orang ramai, dan pihak berkuasa akan mempergiat usaha pendidikan awam, seperti menonjolkan tanda amaran yang perlu diwaspadai.



Beliau berkata rang itu hanya dijangka berkuat kuasa dalam masa kira-kira enam bulan, jadi orang ramai akan mempunyai masa untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >