Unit amal Temasek biayai $6 juta bagi empat projek tangani isu sekitaran kehidupan

TEMASEK Foundation Ecosperity (TF Ecosperity) - persatuan filantrofi tidak meraih keuntungan yang berpangkalan di Singapura - akan membiayai sebanyak $6 juta bagi empat projek inovatif yang boleh meningkatkan kebolehhunian Singapura.

Empat projek itu termasuk respons segera terhadap penularan penyakit berjangkit bermula dengan huraian bagi virus Zika; pembangunan alat racun perosak yang berdasarkan bio; projek mereka pelitup bijak dan alat menyegarkan udara bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun; dan projek menghasilkan prototaip alat penyejuk bijak untuk diuji di ruang awam di Singapura.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto