URA undang pelan bangun Daerah Tasik Jurong
Jul 12, 2016 | 05:30 AM
LEMBAGA Pembangunan Semula Bandar (URA) telah melancarkan 'Permintaan Cadangan' dengan mengundang pasukan pelbagai disiplin membangunkan rancangan induk bagi Daerah Tasik Jurong, semalam.
Menurut URA, ia adalah langkah pertama dalam apa yang dianggap sebagai transformasi 'daerah bagi masa depan' dan daerah kedua bagi Kawasan Pusat Bandar atau Central Business District (CBD) Singapura.