Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urus niaga jualan semula flat naik 7.8% pada 2016; 17,000 flat baru ditawarkan tahun ini

Jan 26, 2017 | 09:55 AM



URUS niaga jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 7.8 peratus bagi keseluruhan 2016 - meningkat daripada 19,306 kes pada 2015 kepada 20,813 kes.



Kenaikan itu berlaku meskipun bilangan urus niaga jualan semula jatuh 9.1 peratus daripada 5,514 kes pada suku ketiga kepada 5,012 kes pada suku keempat 2016, menurut kenyataan HDB pada Khamis (26 Jan).



Harga jualan semula bagi flat HDB jatuh sedikit sebanyak 0.1 peratus keseluruhan tahun lalu, berbanding setahun sebelumnya.



Tahun ini, HDB akan menawarkan kira-kira 17,000 flat baru Bina-Untuk Tempahan (BTO).



Tawaran flat BTO pertama tahun ini, sebanyak 4,100 unit, akan dilancarkan bulan depan di Clementi, Punggol, Tampines dan Woodlands.



Bilangan permohonan yang diluluskan bagi menyewakan flat juga jatuh 1 peratus daripada 10,789 kes pada suku ketiga 2016 kepada 10,678 kes pada suku keempat.



Sehingga 31 Dis tahun lepas, 52,941 flat disewakan - naik 1 peratus berbanding 52,394 unit pada suku ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >