Urus wasiat Lee Kuan Yew: Peguam Kwa Kim Li hadapi tribunal disiplin , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Urus wasiat Lee Kuan Yew: Peguam Kwa Kim Li hadapi tribunal disiplin

Apr 21, 2021 | 08:12 PM

PEGUAM Cik Kwa Kim Li akan berdepan dengan tribunal disiplin berhubung aduan mengenai cara beliau menguruskan wasiat Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, perkembangan terbaru dalam pertikaian keluarga Lee.

Mahkamah Tinggi pada Rabu (21 April) memutuskan sebuah tribunal harus dilantik untuk secara rasmi menyiasat lagi dua aduan yang dibuat oleh Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling mengenai tatalaku Cik Kwa.

Ini selepas kededua anak Encik Lee Kuan Yew itu, yang juga pelaksana estet beliau, merayu terhadap keputusan Persatuan Undang-Undang untuk meneruskan tindakan bagi satu sahaja daripada empat aduan yang dibuat terhadap Cik Kwa.

Tribunal itu diminta meneliti tiga aduan berikut:

– Sama ada Cik Kwa gagal mematuhi arahan mendiang Encik Lee untuk menghapuskan wasiat susulan;
– Sama ada beliau telah melanggar amanah kerahsiaan dengan menghantar rekod perhubungannya dengan mendiang Encik Lee kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong; dan
– Sama ada beliau telah memberikan maklumat palsu dan yang mengelirukan kepada pelaksana estet.

Aduan keempat, iaitu Cik Kwa gagal menyimpan nota yang sewajarnya pada masa itu dan merakamkan semua nasihat yang diberikan dan arahan yang diterima dari mendiang Encik Lee telah digugurkan oleh Mahkamah Tinggi.

Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee telah mengadu mengenai tatalaku Cik Kwa kepada Persatuan Undang-Undang pada 15 September 2019.

Persatuan tersebut kemudian merujuk aduan itu kepada jawatankuasa siasatan, sebelum memutuskan untuk meneruskan tindakan bagi aduan mengenai pelanggaran amanah kerahsiaan antara peguam dan klien.

Semasa memberi penghakiman semalam, Hakim Valerie Thean telah meminta Persatuan Undang-Undang untuk memulakan prosiding disiplin terhadap dua lagi aduan berhubung arahan menghapuskan wasiat mendiang Encik Lee dan aduan mengenai maklumat palsu dan mengelirukan.

Dalam membenarkan kededua aduan itu, Hakim Thean mendapati maklumat yang ada mencukupi untuk mengadakan kes pada penampilan awal atau prima facie mengenai pelanggaran etika atau salah laku pada tahap yang mencukupi dan boleh dikenakan siasatan rasmi dan ditimbangkan oleh tribunal disiplin.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map