Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEHIDUPAN SOSIOAGAMA

Usaha bangunkan sektor agama perlu datang dari sumber masyarakat sendiri

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



USAHA berterusan dalam membangunkan keupayaan keagamaan masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam jangka masa panjang perlu disandarkan kepada sumber masyarakat sendiri, tanpa perlu bergantung kepada pendanaan awam mahupun bantuan dari luar negara.



Memandangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan - merangkumi langkah memperkukuh institusi keagamaan, membangunkan tenaga asatizah serta membina dan memperbaharui prasarana seperti masjid - memerlukan dana yang banyak, masyarakat Melayu/Islam perlu mewujudkan sumber kekayaan dan pendapatan baru bagi membiayai keperluan itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini termasuk menerusi Wakaf Masyarakat Singapura, dirancang menjadi dana endowmen Islam yang menjana pendapatan mapan bagi keperluan jangka panjang masyarakat dalam cara lebih komprehensif, khususnya dalam bidang yang tidak disokong oleh sebarang dana berstruktur.



Tambah Encik Masagos, dana endowmen tersebut juga diharap dapat dilihat sebagai peluang menyumbang kembali - menokok aset bagi menjana lebih banyak dana - oleh anggota masyarakat yang yang telah berjaya.



Ini merupakan sebahagian daripada langkah meneliti semula sektor keagamaan sedia ada yang dilakukan oleh pucuk kepimpinan Melayu/Islam bagi menentukan keperluan masyarakat serta menetapkan langkah yang perlu diambil memandang ke hadapan, katanya.



"Sumber (membiayai usaha tersebut) perlu datang daripada masyarakat sendiri, kita tidak boleh bergantung kepada dana awam, MOF (Kementerian Kewangan) atau pihak luar negara, meskipun mereka bersikap murah hati, kerana ini sesuatu yang kita tidak ingin lakukan.



"Ini kerana sektor agama perlu berdikari, dan untuk berdikari, kita perlu bergantung kepada sumber masyarakat sendiri.



"Ini juga bermakna, kita perlu mewujudkan sumber kekayaan sendiri dan menjana pendapatan melalui saluran baru, termasuk melalui Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akan datang," katanya.



Dalam wawancara membincangkan pencapaian masyarakat serta cabaran akan datang yang perlu dihadapi, Encik Masagos berkata usaha memperbaharui sektor agama bermula dengan langkah mempertingkat keupayaan asatizah dan pemimpin agama melalui pendidikan serta latihan, katanya.



Selaras dengan itu, gaji asatizah juga perlu dinaikkan bagi menarik bakat terbaik untuk menerajui kepimpinan sektor tersebut, kata Encik Masagos, bukan hanya bagi jawatan Mufti tetapi bagi setiap institusi keagamaan termasuk mahkamah syariah, masjid dan madrasah.



Menyentuh tentang penubuhan Kolej Islam Singapura (SIC), Encik Masagos menekankan bahawa ia memerlukan persiapan yang terperinci, termasuk dari segi prasarana dan bakat yang perlu dilatih sebagai tenaga mengajar, dan usaha ini perlu dibiayai oleh sumber pendanaan yang kukuh.



SIC bertujuan menjadi institut pengajian Islam setempat yang membangun pemimpin Islam dan guru agama yang bersandarkan tradisi Islam dalam konteks Singapura.



Menurut Encik Masagos, usaha meneliti dan membangunkan sektor keagamaan dengan lebih menyeluruh merupakan tumpuan pucuk kepimpinan Melayu/Islam secara kolektif.



Katanya: "Segala usaha yang kita ingin lakukan, termasuk dari pembangunan infrastruktur, merupakan kos yang kita perlu biayai, untuk jangka masa pendek dan panjang.



"Ia juga peluang untuk pemimpin menentukan apa yang kita miliki dan apa yang kita ingin lakukan untuk masa depan...



"Ini termasuk mengutamakan apa yang lebih penting dan diperlukan oleh masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >