Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Usaha cegah jangkitan Covid-19 diberi keutamaan

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH pencegahan penyakit demi keselamatan jemaah dan kakitangan terus menjadi keutamaan Masjid Ar-Raudhah sejak wabak Covid-19 melanda.



Malah, ia akan diteruskan selagi pandemik Covid-19 ini belum berakhir.



Antaranya selesai setiap solat, kakitangan dan sukarelawan akan melakukan penyahjangkit di setiap ruang kawasan dewan solat.



Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohamed, berkata:



"Jemaah juga perlu terus menjalani aplikasi trace together selain membawa sejadah serta telekung masing-masing bagi jemaah wanita. Semasa dalam kawasan masji'd, jemaah dan kakitangan perlu terus mematuhi langkah pengurusan selamat yang telah ditetapkan. Tidak cukup dengan itu, semua kakitangan, jemaah dan pelajar digalakkan mengambil dua dos suntikan vaksin,"



Pada ketika ini dianggarkan masjid yang terletak di Bukit Batok East Avenue 2 itu dimanfaatkan sekitar 400 jemaah semasa solat waktu harian, sementara sekitar 1,300 jemaah memenuhinya semasa solat Jumaat.



Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, menganggap langkah keselamatan pandemik yang diambil amat penting bagi keselamatan dan kesejahteraan semua.



"Yang pasti ia dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh demi keselamatan para jemaah, pegawai masjid selain sukarelawan dan negara. Tanggungjawab dan amanah proses pembersihan juga dilaksanakan dengan penuh teliti oleh pihak masjid contohnya selepas setiap solat - di semua ruang solat, dalam dan luar lif, tandas, tempat ambil wuduk dan lain-lain akan dinyahjangkit," kata Ustaz Mohamed Ali.



Menyentuh tentang kerja-kerja peningkatan yang masih berlangsung, Cik Maszita berkata ia dilakukan secara bertahap dan tidak menjejas waktu solat.



Menurutnya kerja peningkatan akan berlangsung pada fasa ketiga tahun 2023 dan berakhir pada 2024. Apabila siap kelak, sekitar 4,000 jemaah mampu memenuhi masjid tersebut. Semasa pandemik Covid-19 kini, hanya 1,500 jemaah yang dibenarkan untuk melakukan solat Jumaat.



"Pada ketika ini, dianggar sejumlah $1.5 juta telah dikumpul namun lagi $5 juta masih diperlukan untuk kerja-kerja peningkatan itu," kata Cik Maszita.



Sebelum ini, akhbar ini pernah melaporkan tentang kerja-kerja peningkatan Masjid Ar-Raudhah yang akan dijalankan pada suku kedua tahun hadapan.



Anggaran kos kerja-kerja peningkatan Masjid Ar-Raudhah adalah sebanyak $6.5 juta.



Antara prasarana masjid yang bakal dinaik taraf nanti adalah peluasan ruang solat.



Ia juga ingin membina sebuah dewan serbaguna di aras dua untuk kegunaan program masjid yang juga boleh disewakan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.



Masjid Ar-Raudhah mengambil kesempatan sempena projek peningkatan ini untuk membina sebuah bilik pengurusan jenazah agar ia dapat memberikan khidmat yang lebih menyeluruh; membina ruang meletak motosikal dan basikal; membina tandas dan tempat wuduk di aras dua; serta memperbaiki dan meratakan lantai agar mudah dilalui pengguna yang berkerusi roda.




CARA MENYUMBANG



- PayNow: UEN S93MQ0024E



Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.



- Pemindahan bank: OCBC Current 501-806368-001



- Hantarkan cek anda kepada: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah.



Alamat: Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.



 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >