HARI MASYARAKAT WISMA GEYLANG SERAI
Usaha dampingi orang ramai menerusi pelbagai acara, kegiatan
Apr 06, 2019 | 05:30 AM
WISMA Geylang Serai (WGS) akan menganjurkan buat julung-julung kalinya Hari Masyarakat esok, sebagai sebahagian daripada usaha mendampingi masyarakat.
Ini adalah kali pertama WGS menghimpunkan kesemua 21 rakan kongsinya di bawah satu acara bagi menawarkan bermacam-macam kegiatan untuk pengunjung.