Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG GURU DAN PESTA EXCEL 2019

Usaha diperluas galak belajar pelbagai bahasa

May 29, 2019 | 05:30 AM



LEBIH banyak pelajar akan berpeluang memperdalam minat terhadap bahasa ibunda sedang Kementerian Pendidikan (MOE) meluaskan usaha menggalak pembelajaran pelbagai bahasa.



Program Elektif Bahasa (LEP), yang menyuntik cara menarik ketika mempelajari sastera Melayu, Mandarin dan Tamil menerusi lawatan penyerapan dan perkhemahan, akan ditawarkan di 15 sekolah menengah mulai tahun depan.



LEP, yang buat masa ini hanya ditawarkan di peringkat maktab rendah (JC) sejak 1990, juga akan diluaskan ke Maktab Rendah Nasional (NJC), Anderson Serangoon dan Raffles Institution (RI) tahun depan.



Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengumumkan rancangan itu dalam Sidang Guru Kementerian Pendidikan (MOE) dan Pesta ExCEL 2019 semalam.



"Adalah tepat pada masanya bagi kita menyuntik kesegaran terhadap usaha berkaitan pembelajaran bahasa, khususnya bahasa ibunda," ujarnya.



Menyentuh perihal dasar dwibahasa dan mengapa perlu diperkukuh, beliau mengongsi beberapa contoh negara lain di Eropah dan Asia yang kini memberi tumpuan pada pembelajaran pelbagai bahasa.



"Kita kini berada di persimpangan bersejarah, di mana pembelajaran bahasa mempunyai potensi maju. Pertama, rantau kita menikmati kemakmuran. Asia Tenggara, India dan China semua sedang berkembang. Kepelbagaian budaya memberi manfaat ekonomi. Pelajar dan ibu bapa pun tahu," katanya.



Beliau pun akur, meski peratusan keluarga yang bercakap dalam bahasa ibunda sebagai bahasa utama di rumah merosot, peratusan keluarga dwibahasa naik jadi 90 peratus sepanjang 20 tahun lalu.



Katanya, meskipun generasi baru warga tidak begitu terikat secara emosi dengan negara nenek moyang dan bahasa ibunda, ini digantikan dengan rasa ingin tahu untuk cari dan belajar sejarah.



Menurutnya, LEP Melayu akan diperluas kepada tiga sekolah menengah, iaitu Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Sekolah Menengah Tanjong Katong dan Sekolah Menengah Anderson.



Di JC, dua lagi pusat LEP Melayu akan diperkenal menjelang tahun depan, menjadikannya lima pusat.



Buat masa ini, LEP Melayu disediakan di Maktab Rendah Jurong Pioneer, Tampines Meridian dan Yishun Innova. Menjelang 2020, dua pusat baru, NJC dan RI, akan menawarkan program itu.



Kesemua pelajar GCE peringkat 'O' dalam program itu akan mengambil subjek sastera bahasa ibunda masing-masing manakala pelajar Program Bersepadu (IP) perlu mempelajari subjek berdasarkan sekolah berkaitan.



Encik Ong turut mengongsi usaha MOE menggalak pembelajaran bahasa di pelbagai peringkat, sama ada bagi bahasa ketiga atau mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan menggarap bahasa ibunda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >