Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha galak penduduk Tampines amal gaya hidup sihat dilancar dalam program perintis 'Health Up!'

Nov 27, 2021 | 06:38 PM



SATU program hasil kerjasama berbilang agensi, Health Up!, yang tertumpu pada peningkatan jagaan asas bagi menggalak kesihatan dalam kalangan penduduk Tampines menerusi pemeriksaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dilancarkan Poliklinik SingHealth (SHP) pada Sabtu (27 November).



Acara di Our Tampines Hub (OTH) itu dihadiri Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli, serta Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, bersama penasihat akar umbi Tampines yang lain.



Dipimpin SHP yang merupakan sebahagian Sistem Kesihatan Serantau SingHealth, program Health Up! terdiri daripada rakan kerjasama jagaan kesihatan dan masyarakat termasuk Hospital Besar Changi, Lembaga Penggalakan Kesihatan, GRC Tampines dan Sport Singapore (SportSG).



Menerusi program ini, usaha memperkasa penduduk dan keluarga dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan dan aktiviti fizikal yang sesuai dengan usia dijalankan bagi mencapai matlamat kesihatan serta tahap kesejahteraan lebih baik.



Program perintis ini mempunyai sasaran mendapatkan 250 peserta dalam kalangan warga Singapura atau Penduduk Tetap di Tampines yang berusia lebih 40 tahun.



Setiap peserta akan dipasangkan dengan penyelaras kesihatan yang akan mendorongnya dalam latihan senaman selama enam minggu.



Penyelaras juga akan menghasilkan pelan yang diperuntukkan buat setiap peserta berdasarkan tahap kesihatan dan kecergasan masing-masing.



Bagi mendorong peserta, penyelaras akan menghubungi mereka secara kerap dan juga memantau tahap kesihatan mereka.



Penduduk yang berminat boleh lungsuri laman https://www.singhealth.com.sg/rhs/health-up untuk mendaftar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >