Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha giat OTH, WSG dekati masyarakat secara dalam talian

Jun 19, 2020 | 02:15 PM



DARI mata kasar, keadaan di pusat masyarakat yang menjadi tarikan ramai, seperti Our Tampines Hub (OTH) dan Wisma Geylang Serai (WGS), agak lengang semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.


Namun, di media sosial, hal sebaliknya berlaku, kedua-duanya aktif mendekati masyarakat.


OTH umpamanya menyajikan beberapa acara menarik.


Semalam, ia mengadakan ceramah kesihatan secara langsung di FB yang disampaikan oleh Dr Aziz Noordin, yang membincangkan isu-isu kesihatan mental.


Rakaman siaran itu boleh ditonton di https://www.facebook.com/OurTampinesHub/videos/885484828637117/


Lusa (21 Jun), OTH akan mengadakan Klinik Bola Sepak bersama 'Coach Dalis' pada 11 pagi, yang akan ditayangkan secara langsung di Facebook mereka.


Ini diikuti dengan Konsert Duduk Di Rumah Dalam Talian bersama Charles "Stitch FM" Wong, pemenang ke-4 adubakat Singapore Idol, yang akan berlangsung pada 8 malam, Isnin ini (22 Jun).


Malah, kemudahan untuk senaman dan olahraga di OTH juga telah dibuka bermula hari ini, sama ada untuk kemudahan jimnasium, berlari-lari anak, bermain badminton ataupun renang.


Kemudahan awam ini mula dibuka seawal 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.


Jimnasium dibuka sehingga 12.30 tengah malam, manakala kemudahan untuk tenis meja akan dibuka mulai 2 Julai ini.


Lapangan Futsal dan 'Town Square' bagaimanapun masih ditutup


Tinjauan Berita Harian juga mendapati WGS tidak ketinggalan, turut aktif menyajikan pelbagai daya tarikan di media sosial, sama ada mengetengahkan klip video berbentuk hiburan, khidmat nasihat mahupun mengetengahkan program bantuan.


Pihak WGS juga telah mengumpulkan video-video persembahan terbaik artis, termasuk Hadi Mirza, yang boleh dinikmati di saluran YouTube Wisma Geylang Serai di http://tiny.cc/csvyqz


Kunjungan Berita Harian ke WGS pagi ini mendapati, restoran di situ telah mula bersiap-siap menerima kunjungan pelanggan.


Di OTH pula, keadaan lebih semarak dengan orang ramai dilihat melanggani pusat penjaja dan restoran di sana.


Kedua-dua WGS dan OTH bagaimanapun kekal memastikan orang ramai memakai pelitup, berdaftar menerusi aplikasi SafeEntry dan mematuhi jarak selamat apabila memasuki bangunan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >