LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, MENANGANI PEMANASAN GLOBAL

Usaha jagat menyelamat dunia

Keprihatinan tertumpu pada 15 peristiwa cuaca melampau tahun lalu kemungkinan disebabkan perubahan iklim akibat perbuatan manusia

WASHINGTON: Kemarau membakar dataran Great Plains di Amerika Syarikat, menyebabkan kebakaran hutan dan kerugian pertanian sebanyak AS$2.5 bilion ($3.43 bilion). Banjir menenggelamkan lebih satu pertiga daripada Bangladesh. Gelombang panas teruk yang merosakkan rekod membunuh ramai orang di Eropah dan China.

Itu ialah antara 15 peristiwa cuaca melampau tahun lalu yang lebih kemungkinan berlaku disebabkan perubahan iklim akibat perbuatan manusia, menurut kajian mendalam yang diterbitkan minggu baru-baru ini dalam jurnal Bulletin Persatuan Meteorologi Amerika.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan