Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha kurangkan beban kos kesihatan akibat penyakit kronik

* Ye Kung: Terdapat keperluan alihkan strategi ke arah jagaan pencegahan yang lebih besar * Kadar kencing manis kekal stabil, namun tekanan darah tinggi, tahap kolesterol masih meningkat
Oct 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA telah melakukan segala yang mampu untuk mengurangkan beban akibat penyakit kronik, namun jumlah orang yang mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi terus meningkat, menyebabkan kos penjagaan kesihatan bertambah.



Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengalihkan strategi ke arah penjagaan pencegahan yang lebih besar, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Encik Ong berkata inisiatif baru Healthier SG, atau SG Lebih Sihat, dari kementeriannya yang memastikan orang ramai hidup lebih sihat untuk lebih lama adalah usaha penting untuk membalikkan kos yang semakin meningkat.



"Kami akan cuba segala yang kami mampu untuk menangani beban penyakit."



Ini termasuk penilaian ketat sama ada rawatan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan, "menghapuskan putar belit disebabkan amalan insurans perubatan yang melulu", dan mengaitkan pembayaran dengan hasil pesakit.



"Tidak terlalu lambat untuk membalikkan kos yang semakin meningkat, dan cara yang paling berkesan dan paling mudah untuk faham adalah untuk memberi tumpuan pada penjagaan pencegahan," kata Encik Ong kepada 1,300 karyawan penjagaan kesihatan dalam ucapannya di Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura di Singapore Expo.



Kongres tahunan dua hari National Healthcare Group (NHG) itu, yang bertemakan "mencipta semula penjagaan kesihatan" tahun ini, menampilkan sesi yang meneliti transformasi tenaga kerja penjagaan kesihatan dan kesan teknologi pada penjagaan.



Encik Ong berkata satu sinar harapan adalah kadar bagi kencing manis telah kekal stabil, kemungkinan besar disebabkan pelbagai langkah yang diambil dalam perang negara ini ke atas kencing manis.



Namun, penyakit kronik lain seperti tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol masih meningkat dalam kalangan orang dewasa.



Mengibaratkan orang yang mengalami kesihatan buruk seperti menggunakan laluan pejalan kaki bergerak tanpa menyedari pergerakannya, Encik Ong berkata apa yang "lebih menakutkan" ialah kebanyakan orang dengan kesihatan yang merosot tidak menyedari bahaya yang sedang mereka hadapi.



Memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya itu, seperti melalui publisiti yang diberi kepada inisiatif Healthier SG, boleh mengelakkan mereka daripada menggunakan laluan pejalan kaki bergerak itu pada mulanya, kata beliau.



"Para klinisian tahu langkah-langkah pencegahan dalam kehidupan seharian kita boleh mengelakkan penyakit teruk di kemudian hari dalam hidup.



"Itulah titik permulaan perjalanan transformasi penjagaan kesihatan jangka panjang kami, yang dipanggil Healthier SG," kata beliau.



Ia bertujuan memperkasa orang ramai mengambil tanggungjawab bagi menjaga kesihatan mereka sendiri.



Encik Ong yang turut menarik perhatian tentang lebih ramai orang yang kini memilih minuman lebih sihat, menambah: "Penjualan minuman dengan kandungan gula kurang 5 peratus telah meningkat, naik daripada 37 peratus pada 2017 kepada 60 peratus pada 2021."



Pelabelan pemakanan mandatori menjelang akhir tahun ini untuk minuman yang telah dibungkus diharap akan mendorong lebih ramai orang memilih pilihan yang lebih sihat.



Senaman fizikal adalah penting untuk kesihatan yang lebih baik, dan Encik Ong berharap "gamifikasi", iaitu penggunaan elemen permainan, akan menjadikan kehidupan lebih sihat lebih menarik.



Inisiatif National Steps Challenge Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), sebagai contoh, yang memberi peserta ganjaran kecil selepas mencapai matlamat kesihatan mereka, seperti beberapa langkah sehari, telah menunjukkan kejayaan ini.



Individu yang di tahap awal penyakit kronik - yang diibaratkan seperti berada "pada bahagian awal laluan pejalan kaki bergerak dan bergerak perlahan" - akan digalak agar mengubah gaya hidup mereka dan kembali pada kesihatan yang lebih baik.



Di bawah Healthier SG, doktor keluarga akan dibawa terlibat sebagai tempat pertama yang dituju untuk menguruskan kesihatan penduduk dan warga emas digesa memberi komitmen kepada seorang doktor.



Kementerian Kesihatan (MOH) akan memberi subsidi untuk memulakan langkah itu pada tahun depan bagi penduduk berusia 60 tahun dan ke atas, dan mengurangkan usia kelayakan kepada 40 tahun dalam beberapa tahun mendatang.



"Bertindak secara fizikal seperti mendaftarkan diri, memberi komitmen untuk membina hubungan pesakit-doktor untuk jangka masa panjang, menerima pelan kesihatan dengan penyesuaian diet dan senaman sebagai 'preskripsi sosial', diharapkan akan dapat menurunkan kos," kata beliau.



Di samping itu, MOH sedang bekerjasama dengan rangkaian rakan kesihatan, sosial dan masyarakat untuk menyokong orang ramai hidup lebih sihat melalui kegiatan yang dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >