Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'PURA LONGGARKAN SEKATAN

Syukur masjid sedia kala semula walau bertahap

Muis, masjid akan umum rancangan Ramadan tidak lama lagi
Mar 26, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH menyambut baik kelonggaran terbaru solat berjemaah di masjid yang diumum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Ini termasuk meningkatkan jumlah jemaah kepada 75 peratus kapasiti masjid, meniadakan zon solat dan mengubah sistem tempahan solat Jumaat.



Kelonggaran itu - berkuatkuasa mulai 1 April - akan menyaksikan masjid menyediakan dua sesi solat Jumaat, berbanding hingga tiga sebelum ini, tetapi tempahan hanya diperlukan bagi sesi pertama.



Jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat pada sesi kedua boleh walk-in atau terus pergi langsung ke masjid tanpa perlu membuat tempahan. Namun ini tertakluk pada ketersediaan ruang.



Jemaah yang ditemui Berita Harian selepas solat Jumaat semalam berkata ini satu berita yang amat dialu--alukan.



Encik Khairul Afiq, 27 tahun, bersyukur kerana kelonggaran itu sedikit sebanyak dapat mengembalikan suasana masjid seperti sebelum pandemik Covid-19 berlaku.



"Alhamdulillah, walaupun ia secara berperingkat, kita perlahan-lahan dapat merasakan suasana seperti sebelum Covid-19.



"Minggu lalu, kita boleh kembali rapatkan saf, sekarang diberi peluang pula memenuhi ruang solat tanpa zon memisahkan kita," ujar teknisyen itu.



Walaupun menyambut baik kelonggaran itu, Encik Samsudin Md Yunos berkata sekarang Muis mungkin boleh menimbangkan mengadakan satu sesi solat Jumaat sahaja.



Menjelaskan, pesara berusia 64 tahun itu berkata: "Kalau kita lihat sekarang masih banyak ruang kosong pada sesi kedua dan ketiga.



"Mungkin perlu memberi lebih sedikit masa untuk mereka membiasakan diri semula dengan solat berjemaah di masjid dengan kelonggaran terbaru ini. Maklumlah sudah dua tahun kita praktikan langkah jarak selamat di masjid."



Encik Khairul berharap masyarakat Islam merebut peluang yang datang dengan kelonggaran itu dan menghidupkan suasana di masjid lebih-lebih lagi pada Ramadan.



"Ramai rindukan solat terawih berjemaah di masjid, termasuk saya, dan Allah telah berikan kesempatan ini semula jadi kita tidak seharusnya melepaskan peluang ini.



"Saya harap lebih banyak kelonggaran dapat diberi ketika Ramadan nanti," katanya.



Menjawab pertanyaan BH mengenai rancangan Muis dan masjid bagi Ramadan ini, terutama solat terawih, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed, berkata pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini.



"Tidak lama lagi, bulan Ramadan yang penuh berkat akan tiba dan dengan sokongan masyarakat, kami harap dapat menyambut lebih ramai jemaah secara selamat ke masjid-masjid kita," kata beliau semasa ditemui di Masjid Kassim selepas solat Jumaat semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >