Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha perluas Model Gaji Progresif akan manfaat lebih ramai pekerja: Zaqy

Hampir semua pekerja tempatan akan bawa pulang gaji sekurang-kurangnya $1,400 dalam masa dua tahun mendatang
Aug 31, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR semua pekerja tempatan akan membawa pulang gaji sekurang-kurangnya $1,400 dalam masa dua tahun mendatang, dengan mereka yang melakukan pekerjaan bergaji rendah seperti pemandu dan penolong pentadbiran akan mendapat gaji lebih tinggi.



Ini akan dilakukan dengan memperluaskan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor, dan juga pekerjaan tertentu dalam semua sektor.



Syarikat yang menggajikan pekerja asing pula akan perlu melaksanakan rejim Gaji Kelayakan Setempat agar semua pekerja bergaji rendah tempatan mendapat gaji garis asas sekurang-kurangnya $1,400.



Ini merupakan antara saranan yang dibuat Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) dalam usaha mempertingkat gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia dan Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang merupakan pengerusi kumpulan kerja itu, mendedahkan laporan yang membentangkan saranan tersebut dalam satu sidang media pada Sabtu lalu.



Pemerintah telah menerima semua 18 saranan oleh kumpulan kerja itu, yang mengeluarkan laporan penuhnya semalam, sehari selepas Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengumumkan saranan utamanya.



"Saranan tersebut membawa usaha sedia ada kami ke tahap baru - dengan langkah yang mantap dan berani ke depan - untuk membina sebuah Singapura yang lebih inklusif agar pekerja bergaji rendah kita boleh mencapai kemajuan menerusi perpaduan dan dinamisme," kata Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa majikan masih menghadapi masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19, sambil berkata:



"Ia tidak mudah bagi majikan, kami mengadakan perbualan yang sukar, tetapi kami bersetuju dan mencapai persetujuan mengenai hasilnya, yang juga akan mengurangkan risiko pengangguran."



Encik Zaqy berkata kemajuan bagi pekerja bergaji rendah hanya boleh dicapai jika terus terdapat dinamisme dalam ekonomi negara, dengan pekerjaan dan standard kehidupan yang lebih baik hanya boleh dikecapi jika perniagaan terus berkembang maju.



"Golongan yang mengalami kesan lebih teruk semasa kemerosotan ekonomi adalah pekerja kita yang lebih mudah terjejas.



"Oleh itu, meskipun sedang majikan mewujudkan pekerjaan baik untuk mempertingkat pekerja bergaji rendah, kita mesti memastikan pendekatan yang diambil adalah mampan dan tidak secara tidak sengaja menyebabkan perniagaan kita kehilangan daya persaingan mereka dan pekerja kita kehilangan pekerjaan mereka," kata beliau.



Beliau menambah kemajuan bermakna memastikan bahawa setiap pekerja yang bersedia bekerja keras dan kekal relevan kepada perniagaan dan ekonomi akan dapat melihat pertumbuhan gaji yang kukuh dan kemajuan kerjaya seiring dengan usaha mereka mempertingkat kemahiran dan pengalaman dalam pekerjaan.



Beliau menambah bahawa majikan juga akan maju apabila mereka terus melaksanakan langkah produktiviti dan mengembangkan perniagaan mereka.



Namun, kemajuan sedemikian hanya boleh dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama dalam perpaduan agar setiap pihak dapat maju dan menikmati hasil pertumbuhan negara bersama.



Encik Zaqy turut berkata masyarakat perlu memainkan peranan mereka.



"Kita perlu bersedia membayar lebih bagi barangan dan perkhidmatan jika ini bermakna pekerja boleh membawa pulang gaji lebih baik bagi keluarga mereka agar mereka semua boleh menikmati taraf kehidupan lebih tinggi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >