Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha pertingkat masa depan lebih baik pekerja penghantaran

Aug 29, 2021 | 08:25 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji isu pekerja penghantaran dan akan melakukan perundingan dengan orang ramai mengenainya.



Ini sedang lebih ramai orang memilih melakukan tugas sebagai penghantar makanan dengan wujudnya platform seperti FoodPanda, Deliveroo dan Grab.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau "sangat prihatin" tentang pekerja ini yang kekurangan perlindungan pekerjaan asas yang dimiliki kebanyakan pekerja lain.



"Pekerja penghantaran sama seperti pekerja-pekerja lain.



"(Platform dalam talian) menguruskan bagaimana prestasi pekerja ini termasuk mengenakan hukuman dan penggantungan, pun begitu, pekerja penghantaran tidak mempunyai kontrak pekerjaan dengan platform dalam talian ini," kata Encik Lee.



Ini bermakna para pekerja tersebut tidak memiliki pampasan kecederaan di tempat kerja, perwakilan kesatuan pekerja dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan.



"Kita mesti menangani isu-isu ini untuk memberi para pekerja ini masa depan yang lebih selamat," ujar Encik Lee lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >