Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha sekolah bantu murid kurang kemampuan sertai pusat penjagaan pelajar

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 700 kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik menyertai pusat penjagaan pelajar (SCC) tahun lalu, hasil usaha sekolah-sekolah untuk menyokong murid yang memerlukan.



Sejak tahun lalu, semua sekolah rendah telah mempertingkat usaha untuk mengenal pasti dan mendaftarkan pelajar yang akan meraih manfaat daripada penjagaan selepas sekolah di SCC yang terletak di sekolah, kata Kementerian Pendidikan (MOE), lapor The Straits Times.



Ini termasuk menyokong ibu bapa mereka melalui proses pendaftaran.



Jumlah kanak-kanak di SCC yang terletak di sekolah, yang menyediakan penyeliaan kerja rumah dan kegiatan seperti sukan dan kem cuti, telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, didorong oleh permintaan daripada lebih ramai keluarga dwipendapatan.



Seorang jurucakap MOE berkata 31,300 murid - sekitar 14 peratus daripada populasi sekolah rendah - menyertai pusat sedemikian tahun ini, naik daripada sekitar 3,000 murid pada 2012.



Sejak 2020, kesemua 185 sekolah rendah mempunyai SCC, yang memberi keutamaan kepada kanak-kanak daripada latar belakang kurang berkemampuan dan mereka tanpa aturan penjagaan alternatif.



Pusat sedemikian didaftarkan bersama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), yang juga menyelia 211 SCC di dalam masyarakat.



Pusat tersebut mengambil kanak-kanak daripada sekolah berlainan, manakala SCC yang terletak di sekolah mengambil hanya murid daripada sekolah tersebut.



Seorang jurucakap MSF berkata sekitar 40,000 kanak-kanak secara keseluruhan kini dimasukkan dalam SCC berdaftar di sekolah dan dalam masyarakat, naik daripada sekitar 27,000 pada 2016.



Sekitar seperlima kanak-kanak di pusat tersebut menerima Bantuan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA), yang menampung yuran pusat mereka.



Yuran median di kesemua SCC berdaftar ialah $295 sebulan. Murid yang layak boleh memohon bagi subsidi sehingga $290 sebulan dan geran satu kali sehingga $400 untuk mengimbangi kos pendaftaraan SCC awal di bawah skim SCFA.



Cik Siti Atika Ayob, 37 tahun, seorang juruwang yang bekerja sambilan dan ibu tunggal empat anak berusia enam hingga 13 tahun, berkata penjagaan selepas sekolah telah banyak membantunya.



Tiga anak beliau bersekolah di Sekolah Rendah Blangah Rise, di mana sebuah SCC juga terletak, dan dengan subsidi, beliau membayar yuran $5 untuk setiap anak setiap bulan.



"Ada keseimbangan yang baik antara belajar dengan bermain. Kerja rumah mereka dipantau, mereka mendapat makanan dan dapat bermain bersama rakan-rakan mereka," kata Cik Atika.




"Ada keseimbangan yang baik antara belajar dengan bermain. Kerja rumah mereka dipantau, mereka mendapat makanan dan dapat bermain bersama rakan-rakan mereka."
- Cik Siti Atika Ayob, 37 tahun, mengenai bagaimana penjagaan selepas sekolah telah banyak membantunya dan anak-anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >