Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha seluruh masyarakat galak guna bahasa Melayu

Sep 21, 2019 | 06:35 PM



USAHA seluruh masyarakat diperlukan dalam melestarikan dan menggalak penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak muda,  kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau menambah bahawa terdapat tiga golongan – ibu bapa, asatizah dan guru bahasa Melayu – yang memainkan peranan penting dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa harian yang digunakan secara lebih kerap. 



“Pertama adalah ibu bapa sendiri, (mereka perlu) banyak bertutur dalam bahasa Melayu supaya dapat menyemai dan menambahkan nilai-nilai budi Melayu.



“Kedua adalah para asatizah kita dalam menyampaikan pesan-pesan agama. Yang ketiga adalah guru-guru bahasa kita supaya menyampaikan bahasa itu bukan sahaja sebagai satu mata pelajaran malah sesuatu yang kita gunakan secara harian... dan mendatangkan kesan sebagai rakyat Melayu Singapura,” kata beliau ketika ditemui media di acara Ujana Bahasa dan Budaya di Kelab Masyarakat Tampines West pada Sabtu (21 September). 



Acara itu diadakan sempena kempen Bulan Bahasa yang sedang berlangsung. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >