Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha seluruh masyarakat perlu bagi capai saksama lelaki, wanita

Jelang Hari Wanita Antarabangsa, Presiden Halimah gesa wanita tumpu pada pelbagai kekuatan yang dimiliki, bukan kelemahan yang ada
Mar 07, 2021 | 05:30 AM



WANITA harus yakin dan menyedari bahawa mereka memiliki pelbagai kekuatan, dan tidak terlalu memikirkan kelemahan yang ada sehingga menjejas keupayaan memenuhi aspirasi mereka.



Pada masa yang sama, usaha seluruh masyarakat diperlukan untuk menyokong wanita dalam 'merobohkan' hambatan-hambatan yang menghalang kaum Hawa daripada mencapai potensi mereka sepenuhnya.



Berkata demikian dalam The BM Show sempena Hari Wanita Antarabangsa esok, Presiden Halimah Yacob menekankan, walaupun wanita setempat telah mencatat banyak kemajuan hari ini jika dibandingkan dengan dua atau tiga dekad yang lalu, masih terdapat banyak jurang yang harus ditangani dalam menjadikan kesaksamaan satu norma dalam masyarakat.



Dan ini, tegas beliau, memerlukan penglibatan seluruh masyarakat dan bukan sekadar usaha oleh wanita sahaja.



"Kaum lelaki boleh sama-sama membantu isteri, ibu, dan anggota keluarga wanita mereka yang lain untuk memikul tanggungjawab bersama," ujar beliau, dalam segmen Singapura, The BM Show, yang akan ditayangkan di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura mulai 10 pagi ini.



Mengulas mengenai kekuatan wanita sebagai sumber keyakinan diri, Presiden Halimah menambah:



"Sebagai wanita, mungkin apa yang diharapkan daripada kita lebih tinggi. Matlamat diletakkan lebih tinggi. Dan pencapaian yang dikehendaki juga lebih tinggi. Jadi dalam minda kita, kita biasa melakukan lebih daripada apa yang kita mampu.



"Sering kali wanita kurang yakin diri, dan ini berdasarkan kajian… Bila diberikan peluang, wanita mempunyai lebih banyak keraguan. Sungguhpun mereka mempunyai kelayakan, pengalaman, kebolehan, mereka mempunyai lebih keraguan jika dibandingkan dengan kaum lelaki."



Mengulas mengenai Tahun Meraikan Wanita Singapura tahun ini, Puan Halimah berkata sedang beliau akur ia merupakan usaha yang baik kerana mengiktiraf kemajuan, sumbangan dan peranan wanita, namun ia adalah satu percanggahan dan mencerminkan negara ini belum lagi mencapai tahap kemajuan yang diinginkan serta masih ada jurang dalam isu-isu berkaitan wanita.



"...tetapi satu percanggahan yang ada hikmahnya, iaitu dapatlah kita menimbulkan kesedaran, kita memberikan peluang untuk mengadakan perbincangan bukan sahaja di kalangan wanita tetapi di kalangan seluruh masyarakat, di kalangan semua badan-badan yang mempunyai minat melihat kemajuan wanita.



"Dan juga saya rasa mungkin ia satu pengiktirafan bahawa telah banyak yang berubah dalam masyarakat kita, berubah di seluruh dunia, jadi wanita perlu diberikan peluang untuk memberikan pendapat mereka, sama-sama menyumbang kepada dasar-dasar yang dilakarkan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >