Usaha tambah bilangan pakar keselamatan siber

Yaacob rasmi hab keselamatan dan forensik teknologi maklumat yang ditubuhkan di Politeknik Temasek

SEBUAH hab keselamatan dan forensik teknologi maklumat (IT) telah ditubuhkan di Politeknik Temasek (TP) bagi menambah bilangan pakar keselamatan siber tempatan.

Kemudahan baru di Sekolah Informatik dan IT TP itu dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, semalam.