Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tebus baucar Teroka Semula S'pura lancar

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



HARI pertama untuk menebus baucar Teroka Semula Singapura (SRV) bernilai $100 berjalan lancar semalam.



Rakyat Singapura yang sudah menebus baucar itu boleh menggunakan baucar itu untuk menempah penginapan hotel, tiket ke tempat tarikan dan lawatan berpandu secara dalam talian.



Mereka boleh membuat tempahan menggunakan lima wadah tempahan yang disediakan oleh syarikat Klook, Changi Recommends, Traveloka, Trip.com dan GlobalTix.



Cik Sarah Wan, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara syarikat Klook, berkata sambutan amat baik dan trafik dalam talian menggunakan wadah Klook meningkat.



"Kami mendapat respons yang sangat menggalakkan dengan kunjungan dalam talian yang tinggi sejak 12 pagi. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang sudah diberi harga yang istimewa untuk rakyat Singapura,'' katanya.



Bagi kebanyakan lawatan berpandu, harga istimewa untuk rakyat Singapura berbanding dengan harga yang ditawarkan dengan pelancong sebelum ini sudah dikurangkan sekitar 30 peratus.



Sebanyak 69 kaunter fizikal juga disediakan merata Singapura untuk membantu rakyat Singapura menebus baucar dan membuat tempahan.



Antaranya adalah Kelab Masyarakat Tampines East yang telah mengendali kaunter itu bersama syarikat Klook Travel Techonology dan UOB Travel Planners.



Kaunter mereka telah dibuka semalam dari 10 pagi untuk menawarkan bantuan kepada golongan Singapura yang mengalami kesukaran menempah sendiri dalam talian, seperti warga emas.



Salah seorang yang ditemui semalam ialah Encik Narayana Samy, berusia 68 tahun, yang ingin menempah penginapan 'staycation' selama enam malam.



Namun, beliau mendapati bahawa harga yang ditawarkan lebih mahal daripada apa yang dijangka.



Pesara, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pemasaran antarabangsa bagi syarikat golf itu, berkata: "Semua yang ditunjukkan kepada saya berharga $200 ke atas. Saya rasa saya akan simpan baucar saya dahulu dan lihat jika ada tawaran lain yang menarik perhatian saya."



Dalam pada itu, Cik Rufini Suryani Mohd Ekman yang bekerja sebagai duta SRV, tugasnya adalah untuk membantu menapiskan maklumat pengguna sebelum merujuk kepada kaunter di belakangnya untuk membuat tempahan.



"Kebanyakan yang datang hari ini, ingin melihat apa yang ditawarkan. Mereka juga berkata akan datang pada hari yang lain mungkin bersama keluarga mereka selepas membuat keputusan ataupun akan minta bantuan anak mereka untuk bantu menempah dalam talian," kata duta berusia 27 tahun itu.



Kaunter fizikal yang disediakan untuk bantu menempah menggunakan baucar tersebut dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.



Cik Rufini sendiri merancang menggunakan baucar bagi melakukan aktiviti lasak atau sesuatu yang beliau belum cuba. Antara pilihannya adalah terjun 'bungee' oleh AJ Hackett di Sentosa.



Seorang relawan dari jawatankuasa penduduk Cik Nor Aziza Abdul Latif, 50 tahun juga menyatakan bahawa beliau tidak mahu tergesa-gesa menempah apa-apa.



"Saya rasa mungkin tahun depan pada bulan Mac ataupun Jun barulah keluarga saya akan menempah. Saya pun belum tahu apa aktiviti yang patut kami sekeluarga lakukan bersama. Pada masa yang sama, saya ingin menantikan lebih banyak tawaran sebelum membuat tempahan," kata ibu kepada dua anak berusia 13 dan tujuh tahun.



Baucar SRV bertujuan untuk menggalak rakyat meneroka Singapura dan merancakkan sebahagian perniagaan yang dijejas pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >