Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha tingkat mutu pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



KANAK-KANAK berkeperluan khas serta ibu bapa mereka dijangka bakal meraih manfaat daripada Garis Panduan Amalan Profesional (PPG) terkini.



Menyusuli kemas kini bagi Penilaian Psiko-Pendidikan dan Peletakan Pelajar dengan keperluan pendidikan khas (SEN) itu, ia akan merangkumi penyelidikan dan pemahaman klinikal serta pendidikan terkini dalam bidang SEN.



Dalam ucaptamanya semasa Persidangan Pendidikan Khas (SPED) 2018 di Max Atria Singapore Expo, semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah, berkata:



"Mendapat diagnosis keperluan yang tepat sangat penting bagi kanak-kanak untuk menerima sokongan yang sesuai dan tepat pada masanya agar ibu bapa lebih jelas tentang cara terbaik membuat persediaan untuk anak-anak mereka.



"Oleh itu amat penting bagi penilaian psikologi pendidikan oleh semua pengamal dan pakar terapi diselaraskan dan mutunya berada di tahap tertinggi."



PPG yang dibangunkan pada 2011 menyediakan rangka kerja dan piawaian bagi golongan karyawan menilai dan memberi nasihat tentang keperluan pembelajaran dan penempatan pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas.



Ia dibangunkan bersama oleh Kementerian Pendidikan (MOE), Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH), Institut Kesihatan Mental (IMH), sekolah-sekolah SPED yang dibiayai pemerintah, Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Hab Psikologi Masyarakat.



Antara pengemaskinian PPG termasuk garis panduan baru dan terkini mengenai diagnosis khusus, maklumat terkini mengenai peruntukan di sekolah aliran utama serta SPED, maklumat mengenai pendaftaran bagi pelajar berkeperluan khas serta rajah 'Laluan Pendidikan SEN' yang diperbaharui.



Sehubungan dengan itu, Panduan Ibu Bapa bagi Kanak-kanak SEN turut dikemaskinikan.



Panduan tersebut kini mengandungi lebih banyak maklumat untuk membantu ibu bapa memahami keperluan khas anak-anak mereka, di sekolah mana anak itu boleh disalur, sokongan yang terdapat di sekolah tersebut serta apa yang disyorkan pakar bagi anak mereka.



Selain itu, lebih banyak maklumat mengenai sokongan peralihan termasuk tip bagi ibu bapa membantu anak-anak berkeperluan khas menyesuaikan diri dengan mudah di sekitaran persekolahan baru turut tersedia.



PPG dan Panduan Ibu Bapa yang dikemaskinikan itu boleh didapati di laman MOE.



Dalam acara di Persidangan SPED semalam, Cik Indranee turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada guru serta sekolah SPED yang telah diiktiraf atas sumbangan mereka.



Empat guru SPED dan tiga sekolah SPED diberi Anugerah Guru SPED Cemerlang MOE-NCSS dan Anugerah Inovasi MOE-NCSS.



Tiga sekolah tersebut - Sekolah AWWA, Sekolah Senior Delta kendalian Persatuan Golongan Kurang Upaya (APSN), dan Sekolah Grace Orchard - diiktiraf atas inovasi mereka meningkatkan pembelajaran pelajar masing-masing.



Diadakan sekali setiap dua tahun, Persidangan SPED anjuran MOE bertujuan menyediakan wadah bagi pendidik SPED dari 19 sekolah SPED yang dibiayai pemerintah serta wakil dari Pertubuhan Kebajikan Sukarela (VWO) berkumpul dalam usaha meningkatkan bidang profesional selain saling berkongsi.



Ia juga merupakan kesempatan mengiktiraf sumbangan cemerlang guru dan sekolah SPED bagi memastikan mereka terus mengikuti perkembangan dasar baru dalam sektor tersebut.




"Mendapat diagnosis keperluan yang tepat sangat penting bagi kanak-kanak untuk menerima sokongan yang sesuai dan tepat pada masanya agar ibu bapa lebih jelas tentang cara terbaik membuat persediaan untuk anak-anak mereka. Oleh itu amat penting bagi penilaian psikologi pendidikan oleh semua pengamal dan pakar terapi diselaraskan dan mutunya berada di tahap tertinggi."
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >