Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan fintech terima Anugerah Diraja bangun kewangan Islam

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



USAHAWAN fintech (teknologi kewangan) Encik Umar Munshi telah memenangi Anugerah Diraja Untuk Pemimpin Baru Kewangan Islam (RAIF) atas usaha cemerlangnya membangunkan fintech untuk kewangan Islam.



Beliau juga diiktiraf kerana membangunkan syarikatnya Ethis, perintis fintech Islam yang diasaskan bersama Encik Ronald Yusuf Wijaya pada 2014.



Majlis penganugerahan itu disampaikan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Datuk Seri Awang Adek Hussin, Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur.



Anugerah ini mengiktiraf bakat muda antarabangsa yang telah menyumbang dengan cemerlang untuk memajukan idea-idea inovatif dalam kewangan Islam.



Pemenang dipilih oleh panel jawatankuasa pemilihan antarabangsa yang terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri yang dihormati.



"Saya berasa rendah diri dengan anugerah ini dan berharap ia akan melonjakkan Ethis dan fintech Islam ke tahap yang lebih tinggi.



"Saya mendapat inspirasi daripada prinsip dan pendekatan kewangan Islam apabila saya ketahuinya pada 2011 dan sejak itu menjadikan misi saya untuk membawa penyelesaian inovatif daripada kewangan Islam untuk memberi manfaat kepada dunia," kata Encik Umar.



"Bukan mudah menjadi pemain pertama. Kami telah bertahan dan berkembang maju kerana pelaburan dan sokongan yang luar biasa pemegang saham kami, 110 bakat tersebar di 10 negara, komuniti penyumbang dana kami yang semakin berkembang daripada 84 negara dan sudah tentu pengawal selia kami.



"Saya amat menghargai kebijaksanaan dan arahan yang diberikan oleh pemegang saham kami dan pengarah yang berasal dari negara-negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Arab Saudi, UAE dan Qatar," beliau menambah.



Seorang usahawan selama dua dekad, Encik Umar mengasaskan Club Ethis pada 2014, kelab pelaburan swasta Islam yang berkembang menjadi firma Fintech setahun kemudian.



Ethis mendapat daya tarikan dengan memadankan pelabur individu daripada lebih daripada 84 negara untuk melabur dalam projek perumahan yang berkemampuan di Indonesia.



Ethis, kini berpangkalan di Malaysia, telah berkembang menjadi kumpulan pelaburan fintech dan platform pendanaan awam yang hebat dengan lesen di Malaysia, Indonesia dan Oman.



Platformnya membolehkan pelabur individu dan institusi mendapat akses kepada pelbagai peluang pelaburan langsung dalam syarikat dan projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >