Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan saman wanita simpanan $2 juta, yang didakwanya sebagai hadiah

Aug 20, 2019 | 08:07 AM



SEORANG usahawan Singapura berusia 55 tahun yang membayar $2 juta kepada perempuan simpanannya dalam tempoh tiga bulan telah menyaman wanita itu untuk mendapatkan kembali wang tersebut.



Usahawan Encik Toh Eng Tiah mendakwa jumlah itu merupakan satu pinjaman, bukan satu pemberian.



Tetapi ejen hartanah Cik Angelina Jiang, 33 tahun, telah menghasilkan bukti mesej persembangan antara beliau dan Encik Toh, di mana Encik Toh berkata wang $2 juta itu telah diberikan sebagai hadiah.



Justeru itu,  Cik Jiang berpendapat Encik Toh tidak berhak menuntut kembali wang itu.



Misalnya, Encik Toh berkata dalam satu mesej: "Lahirkan seorang anak perempuan, (maka awak) akan mendapat ganjaran sebanyak $2 juta."



Dalam mesej lain, Encik Toh memberitahu Cik Jiang "tidak perlu membayar balik wang kepada saya" dan "Saya memberi awak $2 juta itu sebagai hadiah".



Mengulas bukti mesej seperti ini pada pembukaan kes tersebut di Mahkamah Tinggi semalam (19 Ogos), peguam Cik Jiang, Encik Mahesh Rai, berkata Encik Toh bertindak "tidak jujur" dengan memutarbelitkan perkataannya dan cuba mendapatkan kembali wang itu.



"Bukti itu menunjukkan bahawa kededua pihak berada dalam satu hubungan romantis dan wang itu diberikan kepada Cik Jiang tanpa syarat sebagai hadiah," kata Encik Mahesh Rai.



Peguam Encik Toh, Encik Anthony Lee, membalas dengan menyifatkan Cik Jiang sebagai seorang yang "gila wang".



Encik Lee menjelaskan bahawa Encik Toh tidak pernah berhasrat untuk memberikan wang $2 juta itu sebagai hadiah kepada Cik Jiang, sebaliknya, siri bayaran yang dibuat antara Disember 2016 dan Mac 2017 adalah pinjaman yang perlu dibayar balik.



Encik Toh dan Cik Jiang bertemu buat pertama kalinya pada November 2016, ketika Encik Toh menghubungi Cik Jiang selepas melihat iklan akhbar tentang satu penjualan hartanah.



Tidak lama kemudian, mereka memulakan hubungan romantis, di mana Encik Toh kerap menghadiahkan barangan mahal kepada Cik Jiang. 



Encik Toh turut mendedahkan kepada Cik Jiang nombor pengenalan diri (IC) beliau serta nombor kad debitnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >