Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usia muda namun tetap kena barah buah dada

Oct 29, 2019 | 05:30 AM



LAZIMNYA, seseorang berusia 24 tahun menandakan persimpangan kehidupan di mana beliau mencari pekerjaan, memulakan kerjaya ataupun membina rumah tangga.



Tetapi di samping memikirkan kesemua hal itu, Cik Nurul Artika Raemi dihimpit lagi satu beban yang tidak pernah dijangkanya - barah.



"Hati saya bergolak dengan pelbagai emosi. Waktu itu, saya baru sahaja mahu memulakan pekerjaan baru, mempunyai rancangan mahu berkahwin dan saya terfikirkan ibu bapa saya.



"Usia 20-an tahun sepatutnya masa anak muda mula membina masa depan, mengumpul duit dan menjaga ibu bapa.



"Tetapi waktu itu saya rasa ia seolah-olah terbalik... ibu bapa saya pula terpaksa menjaga saya lagi," ujar wanita yang kini berusia 25 tahun itu.



Beliau masih ingat lagi keadaan di luar bilik doktor ketika bersama ibu bapa dan teman lelakinya.



"Saya tak terkata-kata dan saya menangis kerana saya sedar waktu itu, perjalanan hidup saya dah berubah.



"Ini juga bermakna saya perlu tangguhkan rancangan berkahwin disebabkan penyakit ini yang akan menjejas kewangan saya," katanya yang berhasrat mendirikan rumah tangga dalam dua tahun akan datang.



Menceritakan kembali pengalamannya mendapat tahu tentang penyakit beliau, Cik Artika berkata beliau sedang mandi apabila dapat rasa ketulan di buah dada beliau.



Namun, beliau cuba menafikan kemungkinan ketulan itu bahaya memandangkan keluarganya tidak mempunyai sejarah barah.



"Saya risau tetapi tenangkan diri saya bahawa ia mungkin tidak ada apa-apa," katanya yang kemudian mengambil keputusan menjalani pemeriksaan yang mendedahkan beliau menghidap barah buah dada tahap satu pada Ogos tahun lalu.



Menyusuli itu, beliau terpaksa membuang buah dada kirinya dan menjalani 15 sesi kemoterapi, suatu rawatan yang menurutnya, memerah seluruh tenaganya.



Ketika ditanya apakah antara cabarannya, Cik Artika berkata: "Kehilangan rambut saya. Saya seolah-olah dah tak kenal diri saya lagi."



Beliau perlu ke hospital lebih lima kali dalam sebulan.



Biarpun sudah bebas barah sejak enam bulan lalu, kakak sulung daripada dua beradik itu berkata kehidupannya sudah tidak sama seperti dulu lagi.



"Sekarang saya sedar, apabila sudah menghidap barah, kehidupan tidak akan seperti biasa.



"Saya kurang keyakinan diri dan saya sentiasa risau jika penyakit ini akan kembali," katanya yang dijadualkan menjalani pemeriksaan setiap enam bulan.



Namun, kerana akur beliau masih muda, Cik Artika cuba kuatkan semangat.



Di samping ujian ini, Cik Artika sedar beliau sebenarnya mempunyai sokongan kukuh daripada ibu bapanya yang sentiasa menjaganya serta teman lelakinya, yang masih mahu mendirikan rumah tangga bersama beliau walau apa jua keadaanya.



Dalam pada itu, beliau menjual biskut untuk mengumpul wang dan ramai rakannya turut menyokong beliau.



Cik Artika menambah:



"Saya juga mempunyai pandangan lebih positif terhadap kehidupan kerana sebelum ini saya pernah terfikir saya seolah-olah nak mati.



"Tetapi kini, saya merasakan bahawa tidak apa-apa yang akan menghalang saya kerana saya akan menikmati kehidupan sepenuhnya dan sebaiknya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >