Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

SEKITAR RAMADAN

Ustaz Ali: Contohi rahmah Nabi kepada semua lapisan insan

Jun 06, 2018 | 05:30 AM



SANTUNI fakir miskin dengan kasih sayang, ramah, bermanis budi dan sikap murah tangan.



Layanan sedemikian mencerminkan bahawa hati kita sedar bahawa mereka jadi fakir miskin itu bukannya atas kehendak mereka sendiri.



Menganjurkan demikian, Ustaz Ali Mohamed juga menganjurkan layanan dan sikap serupa terhadap orang asing.



Hakikatnya mereka masih keturunan Nabi Adam as sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Isra ayat 70 yang bermaksud:



"Sangat Kami muliakan keturunan Adam dan Kami sebarkan segala yang berada di darat dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang terbaik, juga Kami mengutamakan mereka lebih utama dari makhluk lainnya."



Ustaz Ali, Pengerusi Masjid Khadijah, menyatakan demikian dalam program Hikmah Ramadan yang disiarkan di radio Warna menjelang Iftar pada Ahad (18 Ramadan) ketika membincangkan tentang kesan Ramadan yang menyedarkan tentang pentingnya sifat rahmah dalam kehidupan harian sesama insan.



Awal dalam tazkirahnya mengenai memahami rahmah Nabi Muhammad saw, Ustaz Ali berkata Rasulullah saw dikenali dengan sifat pemurah - suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam Ramadan.



Dalam hubungan dengan masyarakat pula, sifat rahmah Nabi saw jelas dilihat melalui interaksi Baginda dengan sesiapa sahaja dan juga akhlaknya terhadap mereka yang memusuhinya.



"Sifat rahmah ini terpancar dalam kehidupan Rasulullah saw keseluruhannya," kata beliau sambil menyebut contoh sikap pemaaf nabi walau pernah disakiti ketika dakwahnya ditolak di Taif dan sikap beliau ketika pembukaan kota Makkah.



Ustaz Ali yang juga Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) menyimpulkan pengajaran yang disimpulkan daripada kisah kehidupan Rasulullah saw bahawa sifat rahmah terhadap sesama insan semua lapisan:



Pertama: Terhadap orang-orang yang lebih tinggi daripada kita, harus kita hormati, begitulah seharusnya hidup rukun saling harga menghargai;



Kedua: Terhadap mereka yang sama darjat dengan kita dalam segala hal, jangan sampai terjadi persengketaan; sebaliknya harus bersikap rendah hati, bergotong royong dalam melaksanakan perintah agama mahupun negara, jangan sampai terjadi perselisihan dan persengketaan.



Ketiga: Terhadap orang-orang yang keadaannya di bawah kita, janganlah kita menghina mereka atau berbuat tidak senonoh, bersikap angkuh; sebaliknya kita harus belas kasihan dengan kesedaran agar mereka berasa senang dan gembira.



Jangan sampai berasa takut dan liar, bagaikan tersayat hatinya, sebaliknya harus dituntun, dibimbing dengan nasihat yang lemah lembut yang akan memberikan keinsafan dalam menginjak jalan kebajikan;



Keempat: Terhadap fakir miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis budi, bersikap murah tangan.



Janganlah bersikap acuh tak acuh, hanya diri sendiri yang senang.




"Rasulullah saw dikenali dengan sifat pemurah - suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam Ramadan. Dalam hubungan dengan masyarakat pula, sifat rahmah Nabi saw jelas dilihat melalui interaksi Baginda dengan sesiapa sahaja dan juga akhlaknya terhadap mereka yang memusuhinya. Sifat rahmah ini terpancar dalam kehidupan Rasulullah saw keseluruhannya."
- Pengerusi Masjid Khadijah dan Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Ali Mohamed, dalam program radio Warna, Hikmah Ramadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >