Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Hasbi dilantik pengerusi pertama Masyaikh Pergas

Aug 12, 2023 | 02:48 PM



Mantan presiden Persatuan Ulama Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, telah dilantik sebagai pengerusi pertama Masyaikh Pergas.

Masyaikh ialah penasihat mapan yang berperanan memberikan nasihat dan panduan keagamaan serta kepimpinan agama yang dapat menyatupadukan ulama dan asatizah dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa ini.

Menerangkan tentang pemilihan Ustaz Hasbi, Pergas dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Jumaat menyatakan bahawa Ustaz Hasbi telah menawarkan pucuk pimpinan yang kukuh kepada majlis tersebut selain mengemudi Pergas menjadi sebuah institusi yang berpandangan ke hadapan serta dipercayai dalam kalangan asatizah dan masyarakat Muslim di sini.

Semasa memimpin Pergas sebagai Presiden sebelum ini, Ustaz Hasbi juga telah membantu Pergas dalam melayari cabaran terbesar antaranya mengatasi pandemik Covid-19 selain pelbagai isu kompleks sosioagama yang lain.

Ini termasuk isu berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) serta pemakaian tudung di sekolah dan sektor jagaan kesihatan.


“Kepimpinannya yang utuh telah membantu Pergas melayari cabaran ini selain merebut peluang baru selepas mengatasi setiap cabaran itu,” kata kenyataan itu lagi.

Ia juga menambah Ustaz Hasbi secara peribadi telah menjadi mentor kepada beberapa asatizah yang kini telah menjadi pemimpin agama dan masyarakat selain memupuk hubungan lebih rapat dengan masyarakat.

Antara asatizah yang dimentornya ialah Presiden baru Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.

“Antara peranannya sebagai pengerusi ialah untuk menjadi mentor selain menawarkan sokongan secara tetap kepada Majlis Tertinggi Pergas (MTP) dan mempertingkat skop perbincangan terhadap isu-isu berkaitan sosioagama.

“Saya secara peribadi berasa Pergas telah meraih manfaat sebelum ini dan akan terus meraih banyak manfaat daripada pengalaman dan kebijaksanaannya,” kata Ustaz Tarmizi dalam kenyataan itu.

Ustaz Hasbi akan memimpin masyaikh yang dianggotai beberapa asatizah mapan dalam masyarakat.

Ia termasuk Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Pasuni Maulan; mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram; mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Sallim Jasman; Pegawai Kanan Keagamaan Masjid (MRO), Ustaz Abdul Manaf Rahmat; dan mantan Pengetua Madrasah al-Ma’arif al-Islamiah, Ustazah Dr Sukarti Asmoin.

Sebagai satu-satunya wanita dalam masyaikh itu, Ustazah Dr Sukarti berkata: “Sebagai salah seorang masyaikh di bawah kepimpinan Ustaz Mohamad Hasbi, saya berharap kumpulan Masyaikh yang proaktif, menghormati antara satu sama lain, melaksanakan peranan mereka dengan penuh iltizam dan berbudi pekerti luhur dapat menjadi contoh dan ikutan staf, ahli Pergas dan masyarakat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >