Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Pasuni Maulan buka tirai Cakap Masjid

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



DARIPADA berita palsu hingga amal jariah dan taat kepada ibu bapa serta kisah-kisah nikah sepanjang zaman.



Itulah yang dibincangkan asatizah tersohor tanah air, Ustaz Pasuni Maulan, yang membuka tirai siri 'podcast' terbaru Berita Harian (BH) - Cakap Masjid.



Episod pertama Cakap Masjid akan dimuat naik ke Spotify Ahad ini pada 6 pagi.



Dalam episod pertama itu, Ustaz Pasuni berkongsi peristiwa beliau menjadi mangsa berita palsu awal bulan lalu, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Ketika itu tersebar berita menerusi media sosial dan whatsApp yang menyatakan pendakwah dan kadi terkenal setempat itu telah meninggal dunia.



Mengulas perkara tersebut dalam 'podcast' Cakap Masjid, Naib Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berusia 74 tahun itu berkata, meskipun terkejut pada saat ia tersebar, beliau dapat melihat kelucuan dalam perkara tersebut.



"Tapi ia memang sesuatu yang tidak elok.



"Daripada reaksi masyarakat, mereka juga tidak menyenangi perkara itu. Malah, ramai pelajar saya yang menelefon saya kerana rasa prihatin. Ada yang apabila mendengar suara saya, mereka menangis kerana mereka katakan 'Ustaz jangan pergi dulu'," katanya sambil tertawa.



Ustaz Pasuni menambah: "Begitu rapat hubungan saya dengan pelajar saya.''



Mengulas mengenai keakraban beliau dengan pelajarnya, Ustaz Pasuni yang masih aktif berjalan pantas setiap hari sebagai senaman, berkata pendekatannya semasa mengajar bukan hanya untuk mencurahkan ilmu.



"Saya percaya kepada perkongsian. Ilmu yang dikongsi itu datang daripada hati yang ikhlas. Pelajar dapat melihat perubahan dalam diri mereka, bagaimana ilmu ini menambah nilai kepada hidup mereka.



"Jika sekadar menyebar ilmu, ramai orang boleh menyebarkan ilmu. Tapi jika ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan, sia-sia sahaja."



Sembang bersama Ustaz Pasuni akan disiarkan sepanjang empat episod.



Podcast Cakap Masjid menampilkan koresponden BH, Shahida Sarhid, sebagai pengacara.



Pelancaran Cakap Masjid ini menyusuli satu lagi podcast terbitan BH, #NoTapis.



Podcast yang masuk episod ke-30 hari ini kini menduduki tangga ke-4 carta podcast di Spotify dengan lebih 20,000 muat turun sejak dilancar 13 Mei lalu.



#NoTapis mengetengahkan personaliti dari pelbagai bidang dan latar belakang yang membincangkan isu yang dekat dengan hati mereka.



Berikut tiga cara mudah untuk nikmati podcast BH - Cakap Masjid dan #NoTapis:



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami.



Ikuti podcast #NoTapis di www.BeritaHarian.sg atau 'Follow' kami di https://spoti.fi/2WUi6FM



Nantikan maklumat lanjut mengenai Cakap Masjid di IG dan Facebook Berita Harian Singapura




SAJIAN 'PODCAST' BERITA HARIAN



Cakap Masjid



Bakal dilancar Ahad ini. Bincang isu sosial dan agama. Mengetengahkan asatizah setempat.



#NoTapis



Kini di tangga ke-empat di Carta Podcast Spotify



Mengetengahkan tetamu daripada pelbagai bidang dan latar belakang. Antara episod menarik:



Bersama Fatimah Mohsin: Bapaku Raja Lelong



Bersama Riz Sunawan: Tetap positif meski hidapi penyakit tiada penawar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >