Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustazah pertama dilantik sebagai anggota penuh Jawatankuasa Fatwa

Sep 26, 2019 | 05:41 PM



Dr Rohana Ithnin telah dilantik sebagai anggota baru Jawatankuasa Fatwa, sekaligus menjadikannya ustazah pertama yang dilantik sebagai ahli penuh jawatankuasa tersebut, pada Khamis (26 September).



Dr Rohana sudah berkecimpung dalam bidang keagamaan selama lebih sedekad, sebagai seorang pendidik di tiga madrasah tempatan, selain menjadi pemimpin masyarakat yang memberi bimbingan agama dan membentuk nilai masyarakat Islam di Singapura.



Dr Rohana, yang kini memimpin Pusat Pendidikan Jamiyah, meraih ijazah sarjana mudanya di Universiti Al-Azhar sebelum memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Pengajian Islam Interdisiplin dan Bahasa Arab.



Baru-baru ini, beliau menamatkan kursus doktor falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam dari Universiti Ibn Khaldun di Indonesia.



Secara keseluruhan, 21 anggota telah dilantik sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Fatwa, dan akan berkhidmat dari 2019 hingga 2022.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >