Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usul rang pertingkat perlindungan mangsa keganasan keluarga

May 10, 2023 | 05:30 AM



PARA mangsa keganasan keluarga kini mempunyai perlindungan lebih baik terhadap pendera, sekiranya saranan perubahan kepada Pindaan Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Keganasan Keluarga dan Hal Lain), diluluskan.



Rang Undang-Undang yang dibentangkan buat kali pertama di Parlimen pada Selasa itu, akan menambah tiga peruntukan kepada arahan perlindungan peribadi (PPO), yang merupakan arahan mahkamah bagi mengekang seseorang daripada melakukan keganasan terhadap anggota keluarganya.



Peruntukan menjauhkan diri itu akan mencegah pelaku daripada berada di luar rumah atau kawasan penakat yang biasa dikunjungi mereka, sedang peruntukan tiada hubungan mencegah mereka daripada melawat atau berkomunikasi dengan penakat.



Pada masa ini, pendera dengan arahan perlindungan dikenakan terhadap mereka masih boleh mengakses pihak mangsa di luar rumah mereka seperti kawasan awam.



Satu peruntukan rawatan mandatori mungkin dikeluarkan oleh mahkamah, sekiranya pelaku mengalami masalah psikiatri yang menyumbang kepada sikap mereka yang melayakkan terhadap arahan perlindungan.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyiasat 2,254 kes berkaitan keganasan keluarga pada 2022 dan 2,346 kes pada 2021.



Talian Anti-Keganasan dan Gangguan Seksual Nasional menerima 10,800 panggilan pada 2022, naik daripada 8,400 panggilan pada 2021.



Rang Undang-Undang itu juga akan mengurangkan usia minimum bagi memohon mendapatkan PPO daripada 21 tahun kepada 18 tahun.



Pada masa ini mereka berusia antara 18 hingga 20 tahun yang belum berumah tangga perlu bergantung kepada orang lain seperti penjaga untuk memohon mendapatkan PPO bagi pihak mereka.



Pindaan ini akan membenarkan penakat penderaan yang lebih muda untuk dapatkan perlindungan dan mewakili diri mereka dalam perbicaraan PPO.



Saranan ini mula didedahkan pada 2021 oleh Pasukan Bertindak bagi Keganasan Keluarga, dipengerusikan bersama Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



MSF memohon mendapatkan maklum balas awam berkaitan pindaan yang disarankan itu pada April 2022 dan menerima sokongan kukuh daripada mereka.



Takrifan masa kini mengenai keganasan keluarga, seperti yang diberi perhatian oleh pertubuhan Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware), juga akan dikemas kini dengan Rang Undang-Undang tersebut.



Pada masa ini keganasan keluarga ditakrifkan sebagai menyebabkan kecederaan, meletakkan anggota keluarga dalam rasa takut akan dicederakan dan menyalah kurung seorang anggota keluarga bertentangan dengan kehendak mereka.



Pentakrifan terkini itu akan meliputi juga keganasan seperti seksual, penderaan emosi dan psikologi.



Ia juga menjelaskan bahawa penderaan melibatkan kededua kelakuan sekali sahaja atau tingkah laku berlarutan.



Perubahan yang akan datang itu juga meliputi melindungi identiti penakat.



Melainkan kelulusan pengarah agung kebajikan sosial dan kebenaran penakat diberi, Rang Undang-Undang itu akan melarang sebarang penerbitan atau penyiaran yang mengenal pasti atau mungkin mengenal pasti penakat.



Seperti contoh, mahkamah boleh arahkan catatan media sosial yang mengenal pasti penakat diturunkan.



Pemulihan bagi pelaku serta denda bagi mereka yang langgar arahan mahkamah berkaitan keganasan keluarga, juga akan dipertingkat di bawah Rang Undang-Undang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >