ENCIK Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang) semalam menyarankan pemerintah menubuhkan pasukan bertindak merangkumi pelbagai kumpulan agama dan kaum bagi mengkaji cara memperkukuh fabrik sosial di Singapura.
Panel itu juga boleh membincangkan bidang bagi memperhalusi dasar bagi mengambil kira perkembangan baru dan keperluan pelbagai kumpulan agama iaitu dalam bidang yang agama lain bersedia menerimanya, ujar beliau di Parlimen semalam.