Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usulan terus bangun pemimpin asatizah dalam beberapa bulan: Dr Maliki

Jan 10, 2020 | 03:45 PM



Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA), dalam tempoh beberapa bulan lagi, akan memberi usulan lebih terperinci bagi usaha memupuk dan mengembangkan kumpulan pemimpin dalam kalangan asatizah di Singapura, kata pengerusi jawatankuasa itu Dr Mohamad Maliki Osman.



Menulis di Facebook, Dr Maliki, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan, Ehwal Luar) berkata perkara itu telah dibincangkan oleh COFA. 



“Peralihan dan pembangunan kepimpinan genting. Pemimpin baru berupaya tampil dan ini membenarkan masyarakat kita untuk berkembang dan memupuk kumpulan pemimpin dari sektor agama yang berpengalaman dan berkelayakan.”



Dr Maliki berkata demikian di Facebook semalam, semasa memberi pandangan tentang pelantikan kepimpinan baru di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Kelmarin, Muis mengumumkan bahawa Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, 43 tahun akan mengambil alih jawatan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, 49 tahun bermula 1 Mac ini.



Pengumuman itu, kata Dr Maliki, ialah batu mercu tanda penting bagi masyarakat Melayu / Islam Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >