Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin beri harapan, sedang Covid-19 kian meruncing di sebilangan negara

S'pura atur langkah beri vaksinasi pada rakyat * Beberapa pakar kesihatan yakin selamat * Eropah, beberapa negara lain berdepan gelombang baru jangkitan
Dec 23, 2020 | 05:30 AM



TIBANYA vaksin bagi menangani pandemik Covid-19 yang melanda dunia sepanjang tahun ini, memberi sinar harapan lebih-lebih lagi sedang koronavirus itu kian meruncing di sebahagian negara dengan ada yang mengalami gelombang baru jangkitan tersebut.



Kumpulan pertama vaksin Covid-19 telah tiba di Singapura malam kelmarin, menjadikan negara ini negara pertama di Asia untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19, beberapa minggu selepas Britain dan Amerika Syarikat menerima bekalan vaksin mereka.



Vaksin tersebut telah diberikan kebenaran untuk digunakan di sini oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) di bawah laluan akses khas pandemik.



Ia merupakan satu-satunya yang diluluskan HSA sejauh ini, walaupun vaksin lain masih lagi diteliti.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata kumpulan vaksin yang tiba di sini akan diperiksa untuk memastikan ia memenuhi piawaian ketat keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.



"Pasukan bertindak berbilang kementerian sedang membuat perancangan bagi vaksinasi berdasarkan kumpulan keutamaan dan jadual penghantaran vaksin yang dijangkakan," tulisnya di Facebook.



Namun beliau memberi amaran meski vaksin ini akan mempercepat proses pemulihan daripada pandemik ini, ia bukan huraian kilat yang dapat mengakhiri virus ini dengan serta-merta. Dalam pada itu, pemerintah Singapura juga telah mengatur langkah untuk memberi vaksinasi kepada rakyat, dengan memastikan pelbagai langkah dilaksanakan untuk memastikan apa jua vaksin yang diagihkan di Singapura selamat digunakan.



Beberapa pakar kesihatan berkata mereka yakin bahawa vaksin itu selamat digunakan warga.



Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Profesor Madya Abdul Razakjr Omar, berkata beliau yakin dengan keselamatan vaksin itu dan beliau sendiri bersedia untuk divaksinasi.



"Bukanlah sesuatu yang tidak munasabah bagi seseorang untuk berasa khuatir tentang sesuatu yang tidak diketahui.



"Namun galakan dan pendidikan adalah penting. Kita juga sewajarnya menggalak dan mendidik mereka yang di sekeliling kita.



"Malah, saya sendiri bersedia untuk divaksinasi," ujarnya.



Manakala itu, Eropah sedang bergelumang dengan sejenis koronavirus baru yang telah mengakibatkan penggantungan antarabangsa bagi sebarang hubungan perjalanan dengan Britain. Lebih 24 negara dari India ke Argentina telah menggantung penerbangan dari Britain.



Jenis virus Britain itu dikesan dalam bilangan yang rendah di Australia, Denmark dan Belanda, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >