Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENGUMUMAN MTF BAGI MENANGANI COVID-19

Vaksin mRNA penggalak: Kes kesan mudarat rendah - HSA

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 200 laporan kesan mudarat, atau 0.02 peratus, daripada lebih 850,000 suntikan penggalak vaksin mRNA Covid-19 yang telah diberi sejak program vaksin penggalak nasional dilancarkan pada 15 September.



Secara keseluruhan, laporan kesan mudarat lepas suntikan penggalak serupa kesan yang dikaitkan dengan suntikan pertama dan kedua vaksin mRNA, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) semalam.



Tiada kenaikan diperhatikan dari segi bilangan kesan mudarat yang dikaitkan dengan suntikan penggalak, ujar HSA dalam laporan ketujuh dan terbarunya mengenai keselamatan vaksin Covid-19 di Singapura.



Hingga 31 Oktober, 854,268 orang telah menerima suntikan penggalak vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna/Spikevax.



Kesan mudarat paling kerap dilaporkan lepas suntikan penggalak termasuk gatal-gatal, angiodema (mata, muka dan bibir bengkak), dada tidak selesa, debaran, sukar bernafas, demam, rasa lemah dan pening.



Terdapat 10 laporan kesan mudarat serius, atau 0.001 peratus, daripada suntikan penggalak yang diberikan, yang berkenaan myocarditis (keradangan otot jantung), sawan, darah beku, bilangan platelet yang merosot, bendalir berlebihan (fluid overload), dan angioedema.



"Sedang program suntikan penggalak baru-baru ini dilancarkan, HSA terus memantau rapat kesan mudarat dan akan memaklumkan orang awam tentang kejadian ketara yang diperhatikan serta mengambil tindakan kawal selia relevan yang diperlukan," kata HSA.



Secara keseluruhan, 9,953,673 dos vaksin mRNA Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax telah diberi di Singapura sejauh ini.



Terdapat 13,334 laporan kesan mudarat, atau 0.13 peratus, daripada dos yang telah diberi, dengan 634 laporan diklasifikasikan sebagai kesan mudarat serius (0.006 peratus).



Kesan mudarat paling kerap dilaporkan termasuk reaksi alahan (termasuk gatal-gatal, atau mata, muka dan bibir bengkak), pening, sukar bernafas, dada rasa tegang atau tidak selesa, debaran, reaksi di tempat suntikan seperti rasa sakit dan bengkak serta demam. Kesan ini selalunya hilang dalam beberapa hari.



Dalam kalangan laporan kesan mudarat serius, kes paling kerap dilihat ialah anafilaksis dan reaksi alahan lebih serius.



Bagi individu berusia 12 hingga 18 tahun, kesan mudarat paling kerap dilaporkan termasuk gatal-gatal, angioedema (bengkak mata, muka dan bibir), sukar bernafas, dada rasa tegang atau tidak selesa, demam, pening, pening-pening lalat, dan syncope (pengsan atau tidak sedarkan diri buat sementara waktu).



Mengenai anafilaksis, HSA berkata ia reaksi yang dikaitkan dengan vaksin secara umumnya. Bilangan kes anafilaksis di Singapura serupa yang dilaporkan di luar negara.



Selain itu, segelintir kes myocarditis dan pericarditis dilaporkan dikaitkan dengan vaksin mRNA dalam dan luar negara. Ini disebabkan keradangan otot jantung dan pelapik dalam jantung, dan ia berbeza daripada serangan jantung yang disebabkan pembuluh darah tersumbat, kata HSA.



Risiko myocarditis dan pericarditis diperhatikan lebih tinggi dalam kalangan lelaki berusia 30 tahun dan ke bawah yang menerima vaksin.



Namun, kebanyakan kes mempunyai respons baik kepada rawatan, dan telah pulih atau dikeluarkan dari hospital.



Sementara itu, kes Bell's Palsy (kelemahan otot muka disebabkan keradangan saraf wajah) juga diperhatikan dalam beberapa penerima vaksin. Secara amnya, pesakit pulih sepenuhnya walaupun tanpa rawatan, kata HSA.



Bagi vaksin Sinovac-CoronaVac, terdapat 171 kesan mudarat yang disyaki dilaporkan, atau 0.08 peratus daripada dos yang diberi, termasuk 14 yang serius (0.007 peratus daripada dos yang diberi), setelah 206,722 dos vaksin itu diberi.



Sebanyak 17 kes kesan mudarat (atau 0.03 peratus dos diberikan), termasuk satu yang serius, dilaporkan berkaitan vaksin Sinopharm setelah 48,697 dos diberi.



"Secara keseluruhan, berdasarkan data hingga kini, manfaat vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty, Moderna/Spikevax dan Sinovac-CoronaVac yang diluluskan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) terus melebihi risiko yang diketahui dalam pandemik ini," kata HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >