Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Sinopharm percuma bagi warga emas di klinik Healthway

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas yang ingin mendapatkan vaksin Sinopharm boleh mendapatkannya secara percuma di klinik Healthway mulai hari ini.



Syarikat perubatan itu telah bekerjasama dengan syarikat hartanah OUE untuk menaja vaksinasi penuh untuk 1,000 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.



"Inisiatif ini mendukung usaha pemerintah untuk meningkatkan tahap pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan warga emas yang berisiko tinggi jatuh sakit teruk jika mereka dijangkiti," kata Healthway Medical Corporation dalam satu kenyataan semalam.



Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas boleh mendaftar secara dalam talian untuk mendapatkan vaksinasi percuma itu. Mereka yang sebelum ini menyatakan minat untuk mendapatkan vaksin itu telah diundang untuk membuat janji temu.



Vaksin Sinopharm akan diberikan di klinik Healthway GP dalam beberapa minggu mendatang, bermula dengan tiga klinik hari ini.



Vaksin itu diberikan dalam dua dos dalam jarak antara tiga hingga empat minggu. Ia diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas tanpa sejarah anafilaksis dan yang tidak hamil.



Dua dos vaksin berharga $99 di Healthway.



Tidak seperti Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna yang merupakan vaksin mRNA, Sinopharm menggunakan virus yang tidak aktif dan dilaporkan mempunyai kadar keberkesanan 79 peratus, kata Healthway, memetik data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Singapura membenarkan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membawa masuk vaksin Sinopharm seperti yang terdapat dalam Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO, kata Healthway lagi.



"Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menyumbang kepada usaha nasional untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin orang, terutama warga emas kami, yang lebih berisiko," kata pengarah eksekutif dan timbalan ketua eksekutif Healthway, Encik Abram Suhardiman.



Bilangan vaksinasi dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun hingga 69 tahun adalah 91 peratus, dan untuk warga emas berusia 70 tahun ke atas adalah 85 peratus, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Jumaat lalu bahawa Singapura akan mula memberikan suntikan penggalak vaksin Covid-19 pertamanya mulai bulan ini kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, penduduk kemudahan penjagaan warga emas, dan mereka yang sistem imunnya terganggu.



Warga emas dijangka mendapatkan dos penggalak vaksin mRNA itu enam hingga sembilan bulan setelah menyelesaikan vaksinasi dua dos mereka, kata MOH.



Ini bermakna kumpulan pertama warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mendapatkan dos kedua mereka sekitar Mac lalu akan layak mendapat dos ketiga akhir bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >