Semua vaksin COVID-19 yang diluluskan bagi kegunaan di Singapura adalah selamat dan berkesan.
Dengan menggunakan piawaian-piawaian ketat antarabangsa, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah membuat penilaian bahawa semua vaksin yang diluluskan untuk kegunaan sudah memenuhi piawaian bagi keselamatan dan keberkesanan. Oleh itu, anda tidak perlu memilih jenama vaksin untuk vaksinasi.
Penting untuk mendapatkan perlindungan daripada COVID-19 seawal mungkin.
Tempah janji temu anda di pusat-pusat vaksinasi dan pilih slot paling awal.
Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman vaccine.gov.sg atau hubungi talian 1800-333-9999