Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksinasi penting lindungi kanak-kanak dari risiko jangkitan, penyakit rumit: Janil

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



KANAK-KANAK terdedah kepada kemungkinan jangkitan dari ruang seperti prasekolah semasa mereka berinteraksi dan bermain antara satu sama lain, menekankan pentingnya memastikan golongan itu divaksin terhadap Covid-19.



Oleh itu, vaksinasi bukan sahaja akan membantu mencegah mereka daripada jatuh sakit teruk, malah akan turut melindungi anggota keluarga mereka, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Beliau berkata demikian dalam temu bual maya bersama The Straits Times, semalam menjelang rancangan memberi vaksin kepada kanak-kanak menjelang hujung tahun ini.



Vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty adalah vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Singapura.



Mulai hujung bulan ini, kanak-kanak Darjah 3 hingga 5 akan dapat menerima suntikan pertama mereka, dengan yang lebih muda menyusuli pada awal tahun depan.



Inisiatif itu akan melibatkan lebih 300,000 kanak-kanak.



Kata Dr Janil: "Anak-anak kita meluangkan banyak masa dalam persekitaran seperti prasekolah dengan kanak-kanak lain. Dan di tempat seperti prasekolah dan sekolah, penularan jangkitan merebak dengan cepat kerana kanak-kanak berinteraksi, itulah sebabnya mereka berada di sana.



"Tetapi risiko mendapat jangkitan melalui ruang-ruang ini bermakna mereka boleh membawa jangkitan pulang kepada anggota keluarga mereka, termasuk mereka yang sudah divaksin dan lebih tua serta berisiko seperti datuk dan nenek mereka."



Beliau berkata: "Jadi dengan membantu kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun ini dengan vaksinasi, kami membantu bukan sahaja untuk melindungi mereka daripada kesan teruk Covid-19, kami juga membantu melindungi anggota keluarga mereka yang lain."



Dr Janil menyatakan bahawa lapan kes miokarditis, sejenis keradangan jantung, yang dilaporkan di luar negara baru-baru ini dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang menerima vaksin Pfizer adalah ringan.



"Laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika itu meneliti tujuh juta dos yang diberikan... Daripada satu segi, ia adalah contoh betapa telitinya kami memantau tujuh juta dos ini dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun," katanya.



Penemuan utama ialah lapan kes itu semuanya ringan, kata Dr Janil, manakala terdapat kes kanak-kanak di sini mengalami komplikasi teruk seperti Sindrom Radang Pelbagai Sistem dalam Kanak-Kanak (MIS-C) akibat Covid-19.



MIS-C ialah keadaan di mana bahagian badan yang berbeza, termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, otak dan mata, boleh menjadi radang.



Kes MIS-C baru-baru ini telah menunjukkan masih terdapat risiko komplikasi serius dan memerlukan penjagaan kesihatan atau mungkin penjagaan rapi untuk kanak-kanak, walaupun kebanyakan kanak-kanak mendapat bentuk Covid-19 yang ringan, katanya.



"Dengan berhati-hati, kanak-kanak ini menjadi lebih sihat, tetapi (akan menjadi) lebih baik jika kita dapat mencegah mereka daripada mendapat penyakit yang teruk, dan itulah yang dilakukan oleh vaksinasi," tambahnya.



Menyakinkan ibu bapa yang bimbang tentang kesan sampingan jangka panjang, Dr Janil berkata:



"Kami telah melakukan vaksinasi untuk kanak-kanak selama bertahun-tahun. Apa yang anda tidak alami ialah anda memberi vaksin pada usia lima tahun, dan kemudian 10 tahun kemudian, pada usia 15 tahun, sesuatu berlaku... Badan kita dan vaksinasi tidak berfungsi seperti itu.



"Jika anda mendapat kesan sampingan, ia mungkin berlangsung buat tempoh tertentu, tetapi anda mengetahui kesan sampingannya sejurus selepas mendapat vaksinasi."



Beliau menambah: "Kesan sampingan adalah ringan, anda pulih dengan cepat. Kami sama sekali tidak mempunyai sebab untuk mempercayai, atau data untuk mencadangkan bahawa terdapat sebarang risiko kesan sampingan jangka panjang."



Beliau turut menggalakkan ibu bapa untuk menganggap vaksin Covid-19 seperti imunisasi kanak-kanak yang lain.



"Kami memerlukan ibu bapa untuk turut serta dan kami berharap mereka akan menjadi sebahagian daripada proses itu, membantu meyakinkan anak-anak dan membantu memastikan mereka tenang," katanya.



"Bagi kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia, Covid-19 telah mengganggu pendidikan mereka. Ia telah mengganggu kehidupan sosial mereka, aktiviti kokurikulum mereka, dan kami mahu mengekalkan peluang itu untuk anak-anak kita," kata Dr Janil.



"Dan mendapatkan vaksin akan menjadi bahagian penting daripada itu."



Laporan lanjut: S'pura sedang teliti kajian vaksinasi bagi kanak-kanak bawah 5 tahun




"Anak-anak kita meluangkan banyak masa dalam persekitaran seperti prasekolah dengan kanak-kanak lain. Dan di tempat seperti prasekolah dan sekolah, penularan jangkitan merebak dengan cepat kerana kanak-kanak berinteraksi...

Tetapi risiko mendapat jangkitan melalui ruang-ruang ini bermakna mereka boleh membawa jangkitan pulang kepada anggota keluarga mereka, termasuk mereka yang sudah divaksin dan lebih tua serta berisiko seperti datuk dan nenek mereka."

- Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >