Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Varsiti diseru kerja rapat dengan firma bina ekosistem robotik kukuh

See Leng: Usaha ceburi projek inovatif, relevan pada industri akan jadikan SG hab huraian robotik
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI dan institusi penyelidikan tempatan harus bekerja rapat dengan syarikat untuk menceburi projek inovatif dan relevan pada industri bagi membina sebuah ekosistem robotik kukuh sedang sektor robotik dijangka terus tumbuh pesat di Singapura.



Berkata demikian semalam, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, menarik perhatian bahawa usaha ini juga akan menetapkan negara ini sebagai hab sejagat bagi huraian robotik.



Oleh itu, Dr Tan berkata beliau gembira Pusat bagi Inovasi Teknologi Robotik Lanjutan (Cartin) menyatukan kepakaran Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk mengendalikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tiga bidang aplikasi utama, iaitu logistik, perkilangan dan robot bagi manusia.



Sebagai contoh, penyelidik di Cartin akan mengkaji cara robot boleh membantu berhubung proses pemasangan rumit dalam sektor kejuruteraan jitu.



"Saya menggalak penyelidik terus menceburi penyelidikan yang relevan dengan industri.



"Ini akan membantu syarikat kita menghasilkan produk dan perkhidmatan baru dan boleh membawa perubahan, mempertingkat daya saing Singapura serta menghasilkan pekerjaan buat warga negara ini," ujar beliau.



Dr Tan berkata demikian di majlis perasmian Cartin di NTU semalam.



Pusat penyelidikan menelan belanja $45 juta itu bertujuan membangunkan teknologi robotik dimampui, selamat dan mesra pengguna yang boleh memperbaharui pelbagai sektor di Singapura.



Dr Tan berkata sedang ekonomi Singapura terus melalui transformasi, robotik akan bertambah penting bagi negara ini.



Selain masyarakat penyelidikan, syarikat dan pekerja juga mempunyai peranan dalam proses transformasi ini.



Beliau berkata pandemik Covid-19 telah mempercepat permintaan bagi teknologi robotik oleh syarikat bagi mengautomasi proses mereka, dengan robot digunakan di seluruh dunia untuk menangani krisis tersebut.



Sedang pasaran pekerja negara ini bertambah ketat, syarikat di sini kini menggunakan cara baru untuk beroperasi dengan tenaga kerja lebih kecil dengan menggunakan automasi dan teknologi.



"Walaupun kita kini bergerak ke arah kembali kepada keadaan biasa, saya menggalak syarikat jangan memperlahan usaha automasi mereka.



"Pemerintah akan terus menyediakan sokongan kepada syarikat untuk mengautomasi proses kerja mereka, misalnya menerusi Geran Pembangunan Perusahaan (EDG)," ujar Dr Tan.



Beliau menambah bahawa pertumbuhan sektor robotik di sini juga mendorong penciptaan banyak pekerjaan baik.



Dengan tenaga kerja lebih kecil yang boleh dijangka di sini, beliau berkata automasi dan robotik akan kekal di Singapura.



Namun, beliau faham akan keprihatinan sesetengah pekerja yang bimbang mereka mungkin digantikan oleh robot dalam pekerjaan mereka.



Meskipun akur sesetengah pekerjaan akan mengalami gangguan, seperti pekerjaan melibatkan peranan banyak berulang dan memerlukan banyak tenaga pekerja, Dr Tan berkata ini juga akan membolehkan pekerja menjalankan peranan lain, termasuk mengendali dan menyenggara robot.



"Pemerintah akan terus menyediakan sokongan bagi pekerja mempertingkat kemahiran supaya mereka dapat meraih manfaat daripada pekerjaan baik dalam robotik.



"Saya juga menggalak pekerja supaya bersedia menjalani latihan untuk meraih kemahiran baru dan membiasakan diri dengan proses kerja baru," ujar beliau.




"Pemerintah akan terus menyediakan sokongan bagi pekerja mempertingkat kemahiran supaya mereka dapat meraih manfaat daripada pekerjaan baik dalam robotik. Saya juga menggalak pekerja bersedia menjalani latihan untuk meraih kemahiran baru dan membiasakan diri dengan proses kerja baru."
- Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia (MOM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >