Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Tiada kes baru di S’pura setelah tiga disahkan sebelum ini, kata MOH

Jan 25, 2020 | 09:35 PM



 



 



TIADA kes baru koronavirus Wuhan yang disahkan di sini selepas pengesahan tiga kes yang diumumkan sebelum ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) Sabtu ini (25 Januari).



MOH setakat ini telah dimaklumkan mengenai 64 kes yang disyaki keseluruhannya.



Tiga telah diuji positif, 29 kes diuji negatif dan ujian keputusan bagi baki 32 kes masih belum selesai.



Menyentuh mengenai usaha mengesan mereka yang telah berhubungan dekat dengan ketiga-tiga individu, kementerian itu berkata bahawa 46 individu telah dikenal pasti sebagai orang berhubungan dekat dengan kes pertama, yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan. 



Setakat petang Sabtu ini, 26 daripada mereka telah meninggalkan Singapura manakala 15 lagi telah diasingkan atau dikuarantin.



Orang berhubungan dekat ini termasuk lapan orang yang merupakan sebahagian rombongan lelaki itu, yang telah meninggalkan Singapura pada petang Khamis lalu sebelum kes itu disahkan.



MOH berkata ia telah memaklumkan pihak berkuasa Malaysia apabila orang berhubungan dekat ini telah dikenal pasti. 



Malaysia melaporkan tiga kes sah virus Wuhan pertamanya semalam.



Tiga rakyat China itu, yang masuk ke Malaysia melalui Johor Baru, merupakan isteri, 65 tahun, dan cucu kepada kes pertama Singapura, yang kini sedang dirawat di Singapura akibat virus serupa.



Kededua kanak-kanak lelaki itu berusia dua tahun dan 11 tahun.



Bagi kes kedua yang melibatkan seorang wanita berusia 53 tahun dari Wuhan, 57 orang berhubungan dekat dengan wanita tersebut telah dikenal pasti.



Dua telah meninggalkan Singapura dan daripada baki 55 orang, MOH telah menghubungi 40 orang itu. 



Usaha untuk menghubungi baki 15 orang masih dijalankan. 



Kes ketiga pula melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun dari Wuhan, yang merupakan anak kepada kes pertama yang disahkan di sini. 



Orang berhubungan dekat dengan lelaki itu kebanyakan orang yang sama berhubungan dengan bapanya, jelas kementerian itu.



Tambahan itu, tiga lagi orang berhubungan dekat dengan lelaki itu telah dikenal pasti.



MOH telah berhubung dengan dua daripada mereka setakat ini.



“Memandangkan jumlah tinggi pelancong antarabangsa ke Singapura, MOH menjangkakan lebih banyak kes import dan disyaki. Kami menggesa orang ramai untuk kekal tenang dan sentiasa berwaspada, dan mengamalkan tabiat kebersihan peribadi yang baik,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >