Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian adakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Luar Korea Utara

Jun 08, 2018 | 10:24 AM



SEOUL - Menter Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Encik Ri Yong Ho dalam rangka lawatannya ke Pyongyang sebagai persiapan bagi puncak Amerika Syarikat - Korea Utara di Singapura 12 Jun ini.



"Menteri Ehwal Luar, Ri Yong Ho dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan telah bertukar-tukar pandangan mengenai usaha berterusan mengembangkan lagi hubungan mesra dan kerjasama antara kededua negara, yang mempunyai ikatan sejarah dan budaya dalam pelbagai bidang. Mereka juga berbincang mengenai sidang akan datang," menurut laporan Agensi Berita Yonhap  yang menukil Agensi Berita Pusat Korea.



Laporan tersebut tidak pula memberi perincian lanjut mengenai pertemuan itu selain menyifatkannya sebagai telah diadakan dalam suasana mesra dan penuh ukhwah.



Dr Balakrishnan, yang tiba di Pyongyang Khamis, juga dijadual bertemu ketua negara Korea Utara, Encik Kim Yong Nam.



Isu-isu keselamatan dan protokol bagi sidang minggu depan di Hotel Capella dijangka antara isu penting yang dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan Dr Balakrishnan. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >