Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Negara serata dunia utamakan keprihatinan politik, keselamatan nasional

May 15, 2023 | 05:30 AM



NEGARA-negara dari serata dunia kini mengutamakan keprihatinan politik domestik, keselamatan nasional, kebangkitan semula dasar perindustrian, dan ini kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menyebabkan persaingan bagi mendapatkan subsidi, pelepasan cukai dan perlindungan.



Menyatakan demikian di pembukaan ucapannya bagi mesyuarat Membina Kemakmuran yang Lebih Mampan dan Inklusif Secara Bersama di Forum Menteri Indo-Pasifik (IPMF) Kedua di Stockholm, Sweden, Dr Balakrishnan berkata peralihan daripada kemuafakatan yang telah menyokong pensejagatan sepanjang tujuh dekad lalu akan memberi kesan serius, terutamanya bagi ekonomi kecil dan terbuka seperti Singapura.



"Kita semua tahu bahawa sistem perdagangan berasaskan berbilang hala sejagat kini sedang diberi tekanan.



"Negara-negara dari serata dunia kini mengutamakan keprihatinan politik domestik, keselamatan nasional, dan kebangkitan semula dasar perindustrian.



"Secara jujurnya ini menyebabkan persaingan bagi mendapatkan subsidi, pelepasan cukai dan perlindungan," katanya.



Dr Vivian berkata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan fragmentasi ekonomi sejagat - sesetengah orang menggelarkannya "cabang dua" - boleh mengurangkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kepada sekitar tujuh peratus dalam jangka panjang.



Namun Dr Balakrishnan berkata kos sebenar cabang dua ini bukan sahaja akan dirasakan dalam bentuk barangan dan perkhidmatan, tapi juga peluang yang hilang akibat kekurangan atau hilangnya pilihan pertukaran idea, inovasi, pembangunan teknologi, aliran modal dan pembiayaan silang sempadan.



Dr Balakrishnan berada di Stockholm, Sweden antara 12 dengan 14 Mei di mana beliau menghadiri IPMF yang berlangsung di sana pada 13 Mei.



Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Ahad, semasa di sana, Dr Balakrishnan telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakannya dari Belanda, Sweden, Austria, Croatia, Cyprus, Denmark, Finland, Latvia, Lithuania dan Ukraine.



Semasa pertemuan tersebut mereka membincangkan tentang perkembangan sejagat dan kerjasama dua hala.



Dalam ucapannya itu Dr Balakrishnan juga berkata perang Ukraine melambangkan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Kerana kami kecil, maka kami tidak menerima sebarang pelanggaran kedaulatan, kemerdekaan, dan integriti wilayah dengan apa jua alasan.



"Maka yang pertama sekali, kita perlu kekalkan kedamaian - usah ambil ringan," katanya.



Pada masa yang sama Dr Balakrishnan turut menekankan bahawa prinsip wilayah Asia Tenggara adalah kekal terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan.



"Visi kami bukanlah melakar sempadan secara menyeluruh, tapi mempunyai sahabat, rakan, pelabur.



"Kami ingin berikan semua kuasa besar dan mereka yang berkuasa sederhana hak dalam kemakmuran, pembangunan dan kestabilan bersama dan dalam melakukannya menghasilkan keseimbangan kuasa yang stabil.



"Maka ia berbeza berbanding dengan situasi yang wujud dalam Kesatuan Eropah (EU)," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >