Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian temui Agong; kededua negara komited kukuh kerjasama dua hala

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia mengesahkan hubungan baik antara kedua-dua negara itu dan komitmen mereka untuk memperkukuh kerjasama dua hala semasa sesi menghadap Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, bersama Yang DiPertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, semalam.



Pertemuan itu, yang diadakan di Istana Negara, adalah sebahagian daripada rangka lawatan empat hari Dr Balakrishnan ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan rapat antara kededua negara itu di samping mempererat lagi kerjasama dua hala dengan kerajaan baru Malaysia.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam berkata Dr Balakrishnan turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Semasa pertemuan itu, Dr Balakrishnan dan Datuk Zambry telah membuat penilaian mengenai hubungan dua hala Singapura dengan Malaysia.



"Mereka menyentuh tentang kemajuan baik projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura dan menantikan permulaan perkhidmatan penumpang menjelang akhir 2026.



"Kedua-dua menteri itu juga membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh mengembangkan kerjasama dua hala, termasuk dalam bidang baru seperti ekonomi digital dan hijau, " kata MFA.



Dr Balakrishnan turut mengundang Datuk Zambry untuk membuat lawatan rasmi ke Singapura.



Hari ini, beliau dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Selain itu, Dr Balakrishnan akan bertemu empat menteri Kabinet Malaysia lain dalam rangka kunjungannya.



Mereka terdiri daripada Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad.



Dr Balakrishnan, yang diiringi pegawai MFA, juga akan bertemu ahli politik dan tokoh Malaysia lain, kata MFA dalam kenyataannya kelmarin. - IRMA KAMARUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >